• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serangan Dipercayai Berkait Rampasan Ketum

oleh
10/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Kediaman pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang diserang dengan bom botol di Kampung Perupok di sini awal pagi tadi dipercayai berkaitan operasi ketum.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mat Piah berkata, polis tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan operasi rampasan ketum berhubung kejadian pada jam 2.45 pagi itu.

“Kejadian disedari abang ipar mangsa yang berada di rumah itu yang terdengar bunyi letupan sebelum melihat api di garaj, pada masa sama dia ternampak dua lelaki bermotosikal dalam keadaan kelam kabut. Dia kemudian menghubungi bomba.

“Berkemungkinan kejadian yang berlaku ini ada kaitan dengan tugasannya (pegawai kastam) bagaimanapun siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar serangan,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Abdul Rashid Daud.

Beliau berkata, pemeriksaan pihaknya menemui pemetik api dan botol berbau petrol.

“Polis juga akan menyiasat kes rampasan ketum di Pasir Mas baru-baru ini yang dilakukan mangsa.

“Kejadian ini mungkin dilakukan penunggang motosikal yang dilihat oleh abang ipar mangsa dan ketika itu mangsa tidak berada di rumah,” katanya.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, serangan yang mencetuskan kebakaran itu memusnahkan garaj, dua buah kereta iaitu Mitsubishi Triton dan Toyota Yaris dianggarkan berjumlah RM150,000.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api,” katanya. – Sinar Harian

Tags: bom botolJKDMoperasi ketum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JKDM Selangor Patah Empat Cubaan Seludup Keluar Dadah Bernilai RM2.61 Juta

JKDM Selangor Patah Empat Cubaan Seludup Keluar Dadah Bernilai RM2.61 Juta

14/06/2025
0

SHAH ALAM: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor mematahkan empat cubaan menyeludup keluar dua jenis dadah dianggarkan seberat 22,348 gram...

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

05/06/2025
0

Butterworth: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 86,086 unit peranti rokok elektronik (vape) dan 996.5 liter cecair bernilai lebih RM5.14...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd