• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kenapa Awal Sangat Bam…”

oleh
10/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kenapa awal sangat bam… ya ALLAH, abam dah takda guyss, demikian luahan sebak Achey ketika menerima berita mengejutkan di atas pemergian rakan seperjuangannya, Abam Bocey, hari ini.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah menangisi pemergian Abam setelah memuat naik satu video klip ringkas memaklumkan berita sedih itu kepada orang ramai.

Dengan kata-kata ringkas Achey memberitahu, “Abam dah tak ada guyss… “

Video dimuat naik 46 minit lalu di Instagram miliknya telah meraih lebih 570,218 tontonan daripada para artis dan peminatnya.

Sebaik sahaja peminat menerima berita itu, rata-ratanya terkedu malah seolah-olah tidak percaya namun semuanya mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32.

Turut terkesan pemergian Abam, ahli kumpulan Bocey, Fad apabila hanya mampu menyatakan kesedihan di atas pemergian Allahyarham ke rahmatullah.

“Allahhuakbar, allahhuakbar, allahhuakbar, innalillahiwainnailaihirojiun… kenapa kau (Abam) pergi dulu bam? Kenapa tak tunggu, aku jauh ni, aku nak peluk cium kauuuuuuuuu,” luahnya di Instagram.

Difahamkan, Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Nizam kini berada di Jepun bersama keluarganya.

Tinjauan di Instagram Allahyarham, kali terakhir memuat naik entri adalah lima hari lalu dengan kapsyen, “We are partner guys…. Terus maju untuk ke depan…”

Melihat pada ruang komen di Instagramnya, semua peminat menzahirkan ucapan takziah malah ada juga masih terkejut dengan berita pemergian Allahyarham yang disifatkan sebagai insan yang sangat baik.

“Macam tak disangka-sangka. Semoga arwah tenang di sana,” kata bangaheim.

Kata eyjarosli, “Al-Fatihah Abam. Terima Kasih kerana pernah menghiburkan kami dalam industri. Semoga Abam di tempatkan dalam kalangan para solihin. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Abam.” – Sinar Harian

Tags: Abam BoceyAcheyfad boceymeninggal duniapelawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

21/03/2026
0

HOLLYWOOD, 21 Mac 2026 – Dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan berita pemergian legenda seni mempertahankan diri dan pelakon terkenal, Chuck...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd