• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koronavirus: Kerajaan Timbang Pakej Rangsangan Ekonomi

oleh
10/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang menimbang melancarkan pakej rangsangan ekonomi untuk meningkatkan ekonomi tempatan berikutan cabaran yang dihadapi akibat daripada penularan pantas novel koronavirus 2019, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata industri pelancongan merupakan sektor yang paling terjejas akibat daripada penularan virus itu kerana ia mempunyai kesan langsung terhadap kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

Justeru itu, katanya, kerajaan telah merangka rancangan untuk mengurangkan impak koronavirus ke atas ekonomi.

“Sewaktu kita mengumumkan kempen tersebut, kita tidak menjangkakan penularan koronavirus ini. Tetapi sekarang kita perlu menghentikan penerbangan ke beberapa kawasan di China,” katanya semasa sesi soal jawab bersama syarikat multinasional Perancis, di sini, hari ini. 

Dr. Mahathir berkata pelancong China menyumbang bahagian yang besar daripada pasaran pelancong oleh itu keseluruhan industri akan berdepan dengan impak ekoran ketiadaan mereka akibat penularan virus tersebut.

Dilaporkan bahawa syarikat penerbangan seluruh dunia termasuk Malaysia Airlines dan AirAsia membatalkan banyak penerbangan ke dan dari China di tengah-tengah kebimbangan terhadap coronavirus.

Setakat hari ini, lebih 900 kematian akibat coronavirus direkodkan dengan lebih 40,000 kes disahkan dicatatkan di seluruh dunia. 

Sementara itu mengenai pengambilalihan Malaysia Airlines, Dr. Mahathir berkata kerajaan masih belum memutuskan siapa yang akan mengambil alih syarikat penerbangan nasional itu.

Sebelum ini media melaporkan beberapa syarikat penerbangan menunjukkan minat untuk mengambil alih Malaysia Airlines.

Tags: ChinaEkonomikoronavirusMahathir MohamadTMM 2020
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Insya-Allah Kita Akan Pikul Amanah Rakyat Negeri Sembilan”

“Insya-Allah Kita Akan Pikul Amanah Rakyat Negeri Sembilan”

23/07/2026
0

JELEBU - "Insya-Allah kita akan memikul amanah ini dan membawa rakyat ke arah satu hala tuju yang boleh menyelesaikan, kalau...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd