• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Tempatan Sah Positif Coronavirus

oleh
10/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan berumur 31 tahun yang bekerja di Macau, China, dan mempunyai sejarah perjalanan melawat tanah besar negara itu, disahkan positif coronavirus (2019-nCoV).

Berita mengenai lelaki itu tular dalam media sosial selepas dikatakan mempunyai gejala jangkitan terbabit apabila mendapat rawatan di sebuah klinik kesihatan di Kuala Langat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa lelaki berkenaan sudah segera dirujuk ke Hospital Sungai Buloh.

“Lelaki itu mempunyai sejarah perjalanan melawat tanah besar China sebelum kembali ke Malaysia pada 1 Februari lalu dan mula berasa tidak sihat serta batuk beberapa hari kemudian.

“Pada 4 dan 6 Februari lalu, dia ke klinik serta diberi ubat tetapi masih tidak sihat hingga 7 Februari lalu mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan. Pada hari sama, dia dirujuk ke Hospital Banting untuk pemeriksaan dan rawatan.

“Selepas disaring dan disiasat, beliau dikesan mengalami radang paru-paru (pneumonia) dan dimasukkan ke hospital itu. Dia didapati menghidap Severe Acute Respiratory Infection (SARI) dan memerlukan pemantauan rapi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, lelaki itu seterusnya dirujuk ke Hospital Sungai Buloh dan sampel klinikal pesakit diambil sebelum disahkan positif 2019-nCoV pada 9 Februari lalu.

Dr. Noor Hisham menasihati penduduk di daerah Banting agar bertenang, manakala Jabatan Kesihatan Selangor dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat sudah dimaklumkan untuk mengambil tindakan siasatan, termasuk pengesanan kontak rapat, langkah pencegahan serta kawalan.

“Kementerian Kesihatan sudah mengambil tindakan sewajarnya dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

“Kami juga ingin menyeru orang ramai agar sekiranya memerlukan penerangan mengenai penyakit ini atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung sesuatu kejadian penyakit, hubungilah hotline di CPRC Kebangsaan melalui talian 03-88810200, 03-88810600 atau 03-88810700,” katanya. – BH Online

Tags: 2019-nCoVChinacoronavirus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd