• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Besar, 3 Beradik Didakwa Kes Bunuh

oleh
09/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MACHANG – Lima termasuk tiga beradik dan seorang guru besar didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas tuduhan membunuh seorang lelaki pada 27 Januari lalu.

Mohd Azam Seman, 23, bersama dua abangnya, Muhamad Zarudin, 27, dan Mohd Rizal, 37, serta dua yang lain, Che Muhammad Sayusi Che Musa, 29, dan Mohd Rozi Mohd Nawi, 51, yang bertugas sebagai Guru Besar, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amar Razim Alias.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh yang juga tidak dibenarkan diikat jamin.

Mereka bersama seorang lagi yang masih bebas, Abdul Rahim Abdul Wahab, 56, didakwa membunuh Kamsani Mohamed, 39, di Stesen Minyak Shell, Batu 31, Jalan Machang-Kuala Krai, antara jam 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi, 27 Januari lalu.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Jamil Aripin dan Ahmad Adha Amir Yasser.

Mahkamah kemudian menetapkan 12 April ini untuk sebutan semula kes.

Pada prosiding berasingan, 10 lelaki dituduh merusuh dan bergaduh dalam kejadian membabitkan kematian Kamsani, juga mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Mereka ialah Ahmad Husaini Haron, 24; Wan Muhammad Hafizi Wan Hussin, 29; Mohd Faizal Salleh, 40; Muhamad Akmal Syahmi Ab Arif, 27; Mohd Shafuan Asri, 31; Raja Mohd Azmi Raja Hussin, 37; Abdullah Amiruddin Amir, 29; Norhisan Mohd Rosidi, 43; Nik Mohamad Fazli Nik Mahmud, 29 dan Ahmad Shubly Shaari, 35.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama 10 lagi yang masih bebas sebagai ahli suatu perhimpunan yang menyalahi undang-undang, didapati menggunakan kekerasan atau keganasan iaitu merusuh dan bergaduh di lokasi, masa dan tarikh yang sama .

Mahkamah membenarkan semua 10 tertuduh itu masing-masing diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Mac untuk sebutan semula kes. – BH Online

Tags: Kelantankes pembunuhan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd