• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tenggiling Mungkin Punca Penularan Koronavirus

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Penularan wabak koronavirus di China mungkin disebarkan kelawar kepada manusia melalui pemerdagangan haram tenggiling yang digunakan untuk makanan dan ubat di Asia, kata saintis China.

Tabung Alam Sedunia (WWF) berkata, walaupun dilindungi undang-undang antarabangsa, tenggiling ialah mamalia paling banyak diperdagangkan di Asia kerana dagingnya dianggap makanan istimewa dan sisiknya digunakan untuk perubatan tradisional.

“Penemuan terbaru ini sangat penting untuk pencegahan dan kawalan punca (virus itu),” kata Universiti Pertanian China Selatan yang mengetuai penyelidikan itu dalam kenyataan di laman webnya.

Penularan wabak itu yang sehingga kini meragut 636 nyawa di China, dipercayai bermula di sebuah pasar di Wuhan, wilayah Hubei yang turut menjual haiwan liar.

Pakar kesihatan berpendapat ia mungkin berpunca daripada kelawar yang kemudiannya berpindah kepada manusia, mungkin melalui haiwan lain.

Susunan genom koronavirus novel yang diasingkan daripada tenggiling dalam penyelidikan itu 99% sama dengan virus yang menjangkiti pesakit, lapor agensi berita rasmi China, Xinhua sambil menambah penyelidik mendapati mamalia itu “berkemungkinan besar ialah hos perantara”.

Tetapi, Dirk Pfeiffer, pensyarah perubatan veterinar di Universiti Bandar Hong Kong berkata, penyelidikan masih jauh daripada membuktikan tenggiling ialah punca penyebaran virus itu.

“Anda hanya boleh membuat kesimpulan muktamad jika membandingkan prevalens (koronavirus) antara spesis berlainan berdasarkan sampel representatif.”

Pun begitu, katanya, penyelidik masih perlu membuktikan kaitan dengan manusia melalui pasar haiwan liar di Wuhan. – Agensi

Tags: Chinakoronavirustenggiling
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - "Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou telah membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi...

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

23/09/2026
0

HANGZHOU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) selepas pertama kali menaiki HSR...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd