• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Kes Tembakan Dikenali Sebagai Kacang@ Munding

oleh
07/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji berkata, identiti suspek yang melepaskan tembakan sehingga menyebabkan tiga lelaki termasuk dua kanak-kanak parah di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya telah dikenalpasti.

Beliau berkata, suspek berkenaan dikenali sebagai Kacang@ Munding, 30-an dan motif di sebalik kejadian itu dipercayai disebabkan masalah peribadi antara suspek dan mangsa.

“Berdasarkan siasatan, sebelum kejadian itu, suspek telah mengeluarkan perkataan ugutan kepada mangsa berusia 36 tahun itu.

“Motif masih dalam siasatan namun kemungkinan besar ia lebih bermotifkan masalah peribadi disebabkan sebelum kejadian tembakan itu, suspek mengugut mangsa dengan perkataan ‘jika kau berani, keluar’ sebelum suspek melepaskan tembakan.”

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Watikah Pelantikan Pengawas di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gaya, di sini, hari ini.

Habibi berkata, pihaknya percaya suspek berkenaan masih berada di sekitar Pulau Gaya dan usaha untuk menjejaki suspek sedang giat dijalankan.

“Operasi bersepadu sedang dilakukan dengan kerjasama semua elemen dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu dan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan dibantu Pasukan Polis Marin (PPM).

“Sejak kejadian itu lagi kita telah menjalankan operasi bersepadu… InsyaAllah dengan kerjasama semua elemen ini, polis akan dapat memberkas suspek dalam tempoh terdekat,” katanya.

Sehubungan itu, Habibi meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek  agar memberi kerjasama dengan memaklumkan kepada bilik gerakan IPD Kota Kinabalu.

Dalam kejadian Rabu lepas, seorang lelaki dan dua kanak-kanak berusia 10 dan tiga tahun parah selepas terkena tembakan yang disyaki dilepaskan seorang lelaki tidak dikenali di atas jambatan di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya.

Tags: kes tembakanpulau gayaSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd