• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AUKU Akan Diganti Dengan Undang-Undang Lebih Baik

oleh
06/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan sedang giat melaksanakan usaha untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan menggantikannya dengan undang-undang yang lebih baik dan komprehensif, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

Dr. Mahathir yang juga pemangku Menteri Pendidikan berkata usaha itu selaras dengan Janji 50 Kerajaan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk mengembalikan kewibawaan universiti awam dan pendidikan tinggi.

“Saya berharap agar akta baharu yang menggantikan AUKU kelak akan menjurus kepada kualiti dan kecemerlangan universiti bagi mewujudkan institut pengajian tinggi yang peka dan berupaya untuk bertindak balas dengan keperluan perubahan persekitaran,” katanya.

Pada majlis amanat dan aspirasi beliau bersama warga Kementerian Pendidikan di sini hari ini, Dr. Mahathir juga melahirkan harapan agar Majlis Pendidikan Tinggi Negara (MPTN) dapat diaktifkan semula untuk memantapkan sistem tadbir urus dan pengharmonian Akta Pendidikan Tinggi baharu yang sedang digubal.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata sinergi ekosistem penyelidikan dan inovasi akan ditambah baik pada tahun ini selaras dengan peruntukan RM400 juta yang disediakan untuk penyelidikan, bagi membolehkan universiti menghasilkan penyelidikan yang berimpak tinggi.

Beliau berkata tumpuan seharusnya diberikan terhadap pengukuhan kolaborasi dengan institusi yang disenaraikan sebagai Top 100 di dunia oleh QS World University Rankings.

Dalam menggalakkan penyelidikan yang dipacu permintaan atau ‘demand driven’, katanya pelaksanaan Public Private Research Network 2.0 (PPRN 2.0) dan Prototype Research Grant Scheme (PRGS 2.0) pada tahun ini akan memberi tumpuan terhadap penyelesaian masalah yang dihadapi industri kecil sederhana (SME) melalui bidang berasaskan teknologi.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata kementerian telah membangunkan dokumen ‘Way Forward for Private Higher Education Institutions (PHEIs): Education as An Industry (2020-2025)’ yang akan dilancarkan dalam masa terdekat bagi menjadi sumber rujukan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) dalam menentukan hala tuju menjelang tahun 2025.

Tags: AUKUKPMMahathir Mohamadundang-undang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Lencana Jalur Gemilang Boleh Diberi Percuma? Baju Sekolah Tak Boleh? – Albert Tei

Mengapa Lencana Jalur Gemilang Boleh Diberi Percuma? Baju Sekolah Tak Boleh? – Albert Tei

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Albert Tei mengkritik kemudahan bayaran ansuran pakaian seragam sekolah yang dikatakan untuk meringankan golongan ibu...

Tengku Zafrul Akui Kerajaan Sebelum 2018 Tidak Guna Dana KWAP Bayar Pencen

Tengku Zafrul Akui Kerajaan Sebelum 2018 Tidak Guna Dana KWAP Bayar Pencen

21/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengakui dana KWAP tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd