• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tinjau Projek Pembinaan MRT Stesen Tun Razak

oleh Ahmad Albab
04/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak padaSelasa meninjau kerja-kerja pembinaan projek Aliran Transit Massa (MRT) Stesen Tun Razak Exchange (TRX) bagi melihat sendiri kemajuan hub pengangkutan awam moden negara yang dijangka siap pada Julai 2017.

Perdana Menteri tiba di kawasan pembinaan yang terletak di Jalan Tun Razak kira-kira 4.40 petang dan disambut Pengerusi MRT Corporation Sdn Bhd yang juga Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Turut kelihatan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Seri Shahril Mokhtar dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.

Sebaik selesai memakai topi, jaket dan kasut keselamatan, Najib kemudian diberi penerangan mengenai kerja-kerja pembinaan oleh Pengarah Projek Laluan MRT Corp Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) Marcus Karakashian yang mana projek stesen TRX ini telah hampir 60 peratus siap.

Perdana Menteri dibawa ke sekitar kerja-kerja pembinaan termasuk dari dek tinjauan, platform stesen dan laluan terowong serta dilihat beberapa kali mengangguk serta tersenyum sewaktu penerangan diberikan sebelum beredar kira-kira pukul 5.30 petang.

Ini merupakan kunjungan ketiga Najib ke tapak projek MRT yang mana sebelum ini beliau pernah melawat Stesen Cochrane sebanyak dua kali tahun lepas.

TRX merupakan stesen terbesar di antara tujuh stesen bawah tanah yang akan menjadi penyambung kepada laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya yang merupakan laluan kedua MRT.

Laluan pertama MRT, Sungai Buloh-Kajang sejauh 51 kilometer terdiri daripada 31 stesen dan menyediakan perkhidmatan kepada 1.2 juta orang sepanjang laluan itu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan hari ini, pengarah projek terowong Satpal S.Bhogal berkata kerja-kerja bawah tanah keseluruhannya berada pada kadar 75 peratus dengan kerja-kerja terowong setakat Januari adalah 95 peratus.

Katanya kerja-kerja berkenaan bagi keseluruhan laluan SBK dijangka selesai menjelang minggu pertama bulan depan.

Menurut Satpal, kerja-kerja stesen juga berjalan lancar di kesemua tujuh stesen bawah tanah MRT dengan di stesen Maluri siap 63 peratus diikuti 62 peratus di stesen Muzium Negara, stesen Pasar Seni (61 peratus), stesen Merdeka (56 peratus), stesen TRX (58 peratus) dan Bukit Bintang (48 peratus).

“Dengan pencapaian setakat ini dan pelaburan besar dalam tenaga manusia dan jentera untuk kerja-kerja terowong, kami yakin bahawa kami akan mengikut jadual bagi pembukaan fasa kedua laluan SBK pada Julai 2017.

“..dan kini kami mampu menghimpunkan satu pasukan pakar tempatan bagi kerja-kerja terowong. Pergantungan terhadap pakar-pakar asing dan pekerja mahir akan dapat dikurangkan dengan ketara.

“Akan tiba dalam masa terdekat bahawa ia akan mampu memenuhi usaha menjalankan kerja pembinaan terowong, sejajar dengan wawasan kita untuk mencapai taraf negara berpendapatan tinggi,” kata Satpal.

– BERNAMA

Tags: MRTNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Warga kota kini boleh menikmati perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa 2 yang mula dibuka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd