• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota JPJ Tak Mengaku Terima Rasuah

oleh
05/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas sembilan tuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,700 pada tahun lepas. 

Pengakuan Sharin Safami Zainudin, 34, yang berasal dari Terengganu direkodkan di hadapan Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib. 

Dia didakwa menerima rasuah itu antara 11 April hingga 14 Ogos 2019 di Maybank cawangan Taman Tas di sini, daripada tiga pemilik lori yang didakwa sebagai dorongan untuk tertuduh tidak mengambil tindakan terhadap lori melebihi muatan. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu semasa bertugas sebagai Pembantu Penguatkuasa di Stesen Penguatkuasaan Timbang Paya Rambutan di sini, melibatkan jumlah suapan antara RM200 ke RM1,000. 

Bagi kesalahan itu, pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. 

Mohd Ghazali membenarkan permohonan pendakwaan yang menawarkan jaminan RM10,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin, selepas tidak menerima bantahan daripada peguam Datuk Zaidi Zainal yang mewakili tertuduh dan menetapkan sebutan semula pada 9 Mac ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Siti Sarah Zainal Abiddin. 

Tags: Anggota JPJrasuahTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd