• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elak Provokasi Ketika Perarakan Sempena Thaipusam

oleh
05/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis memberi amaran kepada mana-mana individu yang cuba menimbulkan provokasi dan kekecohan ketika perarakan pedati Perak sempena perayaan Thaipusam, bermula esok.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Superintendan S Shanmugamoorthy Chinniah, berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang berniat menimbulkan kekacauan.

Katanya, ia bagi memastikan perarakan yang bermula jam 10 malam itu berjalan lancar dan semua pihak dinasihatkan menjaga sensitiviti kaum.

“Berdasarkan pengalaman lalu, kami mendapati ada pihak melakukan kesalahan seperti membuat bising dan minum arak di tempat terbuka.

“Kami tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas bagi kesalahan itu mengikut peruntukan undang-undang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini, hari ini.

Shanmugamoorthy berkata, perarakan rombongan ke Kuil Sri Maha Mariamman dijangka memasuki laluan dan kawasan pentadbiran Sentul antara jam 4 atau 5 pagi Khamis ini.

“Kawalan keselamatan di pihak kami (Sentul) bermula di laluan Jalan Tun Razak berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maxwell menuju Jalan Sultan Azlan Shah, persimpangan pekan Batu 5 Jalan Ipoh, Jalan Kuching hingga ke Bulatan Batu Caves.

“Bagi perarakan pulang yang dijangka antara 6 petang hingga 10 malam pada Ahad ini, ia membabitkan laluan sama kecuali berlaku lencongan di Jalan Sultan Azlan Shah berhampiran Jalan Batu Kentomen dan (rombongan) akan keluar ke SMK (Perempuan) Jalan Ipoh,” katanya.

Beliau berkata, penutupan jalan dan lencongan turut membabitkan kerjasama pihak Kuil Sri Maha Mariamman, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Stesen Transit Aliran Massa (MRT) susulan laluan itu membabitkan kawasan pembinaan MRT di Batu Kentomen.

Katanya, seramai 700 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur ditugaskan bagi melakukan kawalan dan menjaga keselamatan ketika perarakan perayaan itu.

Tags: perarakan pedatiprovokasiThaipusam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasuh Didenda RM10,000 Tampar, Ketuk Dahi Bayi 11 Bulan

MBPP Tarik Balik Notis Larangan Jual Arak Sempena Thaipusam

24/01/2024
0

GEORGETOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diarahkan menarik balik larangan penjualan minuman beralkohol selama tiga hari sempena perayaan Thaipusam. IKUTI...

PRN: Polis Kelantan Terima Dua Laporan Provokasi

PRN: Polis Kelantan Terima Dua Laporan Provokasi

12/08/2023
0

TUMPAT : Polis Kelantan menerima dua laporan melibatkan kes provokasi yang berlaku semasa tempoh akhir berkempen bagi Pilihan Raya Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd