• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Penumpang Kapal Princess Diamond Positif Koronavirus

oleh
05/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Seramai sepuluh penumpang kapal persiaran Princess Diamond yang berlabuh di Pelabuhan Yokohama disahkan positif wabak koronavirus.

Jepun mengkuarantin kapal yang membawa 3,711 orang itu dan menguji virus itu terhadap penumpang selepas seorang bekas penumpang disahkan sakit di Hong Kong.

Menurut Menteri Kesihatan Jepun, Kementerian Kesihatan Jepun, Katsunobu Kato, sepuluh kes yang disahkan itu adalah antara 31 keputusan daripada 273 orang yang diuji setakat ini.

“Bermula dari jam 7.30 pagi, kami mendapati 10 yang diuji positif dan mereka diarahkan turun kapal berkenaan serta dihantar menjalani rawatan kecemasan.

“Pegawai kesihatan turut memeriksa penumpang yang menunjukkan gejala seperti demam dan orang yang memiliki kontak dengan pesakit,” katanya dalam satu sidang media pagi ini.

Kapal pesiaran tersebut yang dikendalikan syarikat Carnival Japan Inc membawa sekurang-kurangnya 2,666 penumpang dan 1,045 anak kapal dan kesemua penumpang sedang berada di dalam kabin masing-masing bagi tujuan kuarantin.

Terdahulu, seorang lelaki berusia 80 tahun dikatakan terbang ke Jepun untuk menaiki kapal pesiaran tersebut selama lima hari bermula 20 hingga 25 Januari.

Pada mulanya dia hanya mengalami masalah batuk namun tidak mengalami demam hingga 30 Januari sehari sebelum beliau disahkan dijangkiti virus itu di Hong Kong.

Kes terbaharu itu menjadikan 33 kes koronavirus dilaporkan di Jepun.

Lebih 20 negara mengesahkan kes virus itu yang setakat ini membunuh hampir 500 orang dan menjangkiti hampir 24,000 di China.

Virus itu menyebabkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan darurat kesihatan global dengan beberapa kerajaan mengeluarkan sekatan perjalanan dan syarikat penerbangan menggantung penerbangan keluar masuk dari China. – Agensi

Tags: jepunKapal PersiarankoronavirusPrincess Diamond
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

Lelaki Berpakaian Ala Tentera Jepun, Bersenapang Cetus Kebimbangan Penduduk Kepong

Lelaki Berpakaian Ala Tentera Jepun, Bersenapang Cetus Kebimbangan Penduduk Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Penduduk di beberapa kawasan sekitar Kepong dilaporkan berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas tular dakwaan mengenai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd