• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jepun Akan Bangunkan Vaksin, Ubat Rawat Koronavirus

oleh
03/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jepun akan membangunkan vaksin dan ubat untuk merawat koronavirus selepas penyelidiknya berjaya melakukan pengasingan terhadap virus baharu itu.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan di Facebook berkata, proses pengasingan itu berjaya dilakukan Japan National Institute of Infection Disease.

Menurutnya, penyelidik di institut itu berjaya mengasingkan koronavirus baharu yang diambil daripada rakyat Jepun yang mendapat jangkitan koronavirus.

“Virus yang berjaya diasingkan adalah 99.9 peratus sepadan dengan koronavirus yang mula dikesan di Wuhan, China.

“Dengan penemuan oleh para pengkaji dari Jepun ini diharapkan dapat membantu merawat dan menyekat penularan wabak koronavirus ini,” katanya memetik laporan portal berita Jepun, nippon.com.

Portal berita itu melaporkan, hasil pengasingan virus berkenaan juga membolehkan penyelidik mencipta kit ujian yang mampu mendiagnosis (mengesan) koronavirus dengan cepat.

Katanya, institut berkenaan juga akan meneruskan kajian untuk mengesan mekanisme jangkitan koronavirus.

Jumlah kematian akibat wabak koronavirus baru di Hubei meningkat sebanyak 45 kes, menjadikan jumlah keseluruhan 304 kes setakat Sabtu (1 Februari) malam, menurut laporan televisyen China.

Hubei, di mana virus tersebut bermula, mencatatkan 1,921 kes tambahan, menjadikan kesemuanya 9,074 jangkitan di wilayah itu.

Di seluruh negara itu, jumlah jangkitan setakat ini telah melebihi 14,300 kes, menurut laporan agensi berita CNA.Kebanyakan kes kematian dan jangkitan virus yang dinamakan 2019-nCoV itu dilaporkan di Hubei, sebuah wilayah di tengah China yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. 

Pada Jumaat, seorang pegawai tinggi kerajaan di Wuhan, bandar yang mempunyai 11 juta penduduk di mana kes pertama dilaporkan pada Disember 2019, melahirkan kekesalan kerana pihak berkuasa tempatan didakwa bertindak terlalu lambat. – Sinar Harian

Tags: ChinajepunkoronavirusVaksin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd