• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

304 Kematian Akibat Koronavirus Di China

oleh
02/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Angka korban akibat wabak koronavirus di China meningkat kepada 304 orang selepas pihak berkuasa di wilayah Hubei yang paling teruk terjejas melaporkan 45 kematian baru pada Ahad.

Dalam laporan perkembangan hariannya, statistik suruhanjaya kesihatan di Hubei menunjukkan peningkatan mendadak dengan 1,921 kes baru, menjadikan keseluruhan lebih 13,700 kes yang disahkan positif koronavirus setakat ini.

Kes jangkitan koronavirus itu tidak hanya berlaku di wilayah Hubei kerana penduduk China turut ke wilayah dan negara lain sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bermula hujung minggu lalu.

Semakin banyak negara melaksanakan sekatan perjalanan ke China, selepas Amerika Syarikat dan Australia.

Jumaat lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan koronavirus novel sebagai darurat kesihatan global kerana kini terdapat kes positif di lebih 20 negara lain.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dilaporkan berkata, langkah itu bukan undi tidak percaya kepada China, sebaliknya mereka bimbang dengan potensi virus itu merebak ke negara yang mempunyai sistem kesihatan lemah. – Agensi

Tags: Chinahubeikoronaviruswabak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd