• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kesan Individu Letak 3 Kotak Misteri Di Konsulat China

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis sedang mengesan individu yang dipercayai meletakkan tiga buah kotak misteri di hadapan pintu masuk Konsulat China di Pulau Pinang di Jalan Abdul Rahman, di sini hari ini.

Tiga kotak itu ditinggalkan oleh individu dalam keadaan mencurigakan sehingga mencetuskan suasana panik dan bimbang kerana tiada nama penerima serta penghantar pada kotak tersebut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya sedang mengesan individu yang meninggalkan kotak tersebut untuk siasatan lanjut.

Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) turut berada di lokasi sebelum anggotanya menjalankan pemeriksaan dan meletupkan tiga buah kotak tersebut serta mendapati terdapat topeng hidung dan mulut di dalamnya.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.20 petang sebelum anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru serta Bagan Jermal bergegas ke lokasi kejadian.

“Sampai di lokasi kejadian kita dapati benar terdapat tiga buah kotak yang dihantar dan diletakkan di hadapan Konsulat China dan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) turut ke lokasi bagi membuat pemeriksaan,” katanya.

Tags: Konsulat ChinapolisPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd