• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dikepung ‘Gengster’, Syed Saddiq Lari Panjat Pagar

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa dirinya bersama beberapa pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor diserang sekumpulan individu ketika menghadiri perjumpaan di Savanah Hill Resort, Ulu Tiram di sini malam tadi.

Beliau yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu dalam satu kenyataan di akaun Instagram miliknya malam tadi memberitahu, pertemuannya bersama ahli Armada dan Srikandi Bersatu Johor itu turut dicemari dengan laungan kata-kata kesat dan perbuatan tidak beradab.

“Malam ini diganggu sekumpulan individu (sekitar 200 orang) yang datang tidak dijemput. Mereka semua berdiri keliling berpakaian hitam datang ke majlis kami. Gengster dan tidak hormat orang.

“Mereka semua berdiri mengepung tempat makan kami, sergah dan langgar semua tetamu yang hadir. Mereka laung dan pekik macam-macam kata-kata kesat, ibu bapa saya juga jadi saksi malam ini.

“Ini apa? ada anak-anak kecil, wanita dalam majlis. Paling teruk mereka sergah supaya menteri minta maaf kepada TMJ (Tunku Mahkota Johor) kalau mahu pulang dari majlis. Apa yang berlaku saya pun tidak tahu. Yang saya tahu ini biadab dan kurang ajar. Apa salah saya? Saya berkhidmat untuk rakyat,” katanya menerusi kenyataan berkenaan.

Syed Saddiq berkata, keadaan berkenaan turut mengakibatkan dirinya terpaksa keluar melalui jalan belakang resort berkenaan kerana bimbang keselamatan diri.

“Lebih teruk, keselamatan semua yang hadir. Bayangkan dikepung lebih 200 individu lagak seperti gengster. Saya sendiri, YB Rafiq, YB Mazlan dan lain terpaksa lari guna jalan tikus dan lompat pagar. Lari seperti orang salah.

“Terima kasih Armada Johor, terima kasih Bersatu Johor. Malam ini adalah malam keluarga Armada dan Bersatu. Saya tidak akan maafkan kumpulan yang biadab ini,” katanya.

Ahli Parlimen Muar itu turut mengingatkan kepada mereka yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu bahawa negara mempunyai undang-undang dan tiada sesiapa yang lebih tinggi daripada perlembagaan. – Sinar Harian

Tags: BERSATUJohorSyed Saddiq
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Johor Melangkah Ke Hadapan Sebagai Pusat Pertumbuhan Serantau Yang Mendapat Perhatian Dunia – Lee Ting Han

Johor Melangkah Ke Hadapan Sebagai Pusat Pertumbuhan Serantau Yang Mendapat Perhatian Dunia – Lee Ting Han

03/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Johor kini sedang melangkah ke hadapan sebagai pusat pertumbuhan serantau yang semakin mendapat perhatian dunia selepas hampir...

BERSATU Meterai CSA Dengan Kerajaan Madani, Bakal Terima Peruntukan Seperti Ahli Parlimen Kerajaan

BERSATU Meterai CSA Dengan Kerajaan Madani, Bakal Terima Peruntukan Seperti Ahli Parlimen Kerajaan

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa Ahli Parlimen pembangkang termasuk enam daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan seorang Parti Ikatan Demokratik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd