• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemelut Dalaman PKR Tak Jejas Peluang Anwar Jadi PM

oleh
30/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Konflik membabitkan dua kumpulan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan menjejaskan peluang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setiausaha Agung parti berkenaan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menganggap, kemelut itu tidak ada kaitan dengan isu peralihan kuasa tersebut memandangkan keputusan mengenainya diputuskan oleh pimpinan Pakatan Harapan (PH).

“Terjejas atau tidak? Bergantung kepada PH ubah atau tidak konsensus itu. Hari ini, tiada perubahan. Ke depan, tidak ada nampak tanda-tanda perubahan. Sokongan terhadap Datuk Seri Anwar datang daripada PH.

“PH adalah pakatan yang menguasai majoriti dalam Parlimen. Jadi yang menentukan kedudukan Datuk Seri Anwar berjaya atau tidak itu keputusan PH,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kempen Beli Barangan Malaysia Dengan Tesco di Tesco Extra Kajang di sini, hari ini.

Selain keputusan dalam konsensus PH, Saifuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyifatkan sokongan daripada ahli Parlimen juga penting memandangkan PH merupakan pakatan yang menguasai majoriti dalam Parlimen. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimPerdana MenteriPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan keras Malaysia terhadap keputusan unilateral Norway membatalkan lesen eksport...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd