• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angka Korban Coronavirus Meningkat 170 Orang

oleh
30/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WUHAN – Jumlah kematian akibat penularan coronavirus di China terus meningkat kepada 170 orang apabila wilayah Hubei yang terkesan teruk melaporkan 38 kematian baharu.

Hubei, pusat penularan coronavirus yang mencetuskan kebimbangan global, melaporkan 1,032 kes jangkitan baharu yang disahkan.

Kes kematian turut dikesan di barat daya wilayah Sichuan dan Tibet dengan masing-masing melaporkan kes pertama, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan.

Dalam kenyatannya hari ini, suruhanjaya itu mengesahkan jumlah keseluruhan kes jangkitan coronavirus adalah 7,711 orang setakat semalam, manakala 12,167 lagi kes disyaki.

Angka kematian dan kes baharu dijangka meningkat lagi apabila angka di seluruh negara dikeluarkan hari ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam memberi amaran kepada semua kerajaan untuk ‘mengambil tindakan’ terhadap virus seperti SARS yang merebak berikutan ratusan warga asing dipindahkan dari kawasan jangkitan virus itu.

Selain peningkatan kes di China, lebih 12 negara melaporkan penularan virus berkenaan dengan kes baharu dilaporkan di Finland dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

WHO memanggil mesyuarat tergempar hari ini bagi membincangkan sama ada coronavirus harus diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan global – suatu penetapan yang boleh membawa kepada peningkatan koordinasi antarabangsa. – Agensi

Tags: Chinacoronaviruswabak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd