• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Tetak Tangan Bapa Hingga Putus Ketika Bergaduh

oleh
29/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Seorang pekerja kontrak berusia 53 tahun putus di bahagian pergelangan tangan kanan apabila ditetak oleh anak lelakinya dalam pergaduhan di rumah mereka di Taman Keladi dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kejadian dikatakan berpunca daripada pertengkaran antara mangsa dengan isterinya pada sebelah pagi dan anak lelaki mereka berusia 29 tahun bertindak mencampuri dan cuba meleraikannya.

“Bagaimanapun suspek (anak mangsa) telah dihalau keluar oleh mangsa. Anak mangsa kemudiannya pulang semula ke rumah kira-kira jam 8.30 malam, lalu menolak mangsa hingga terjatuh sebelum melibas parang ke arah mangsa.

“Mangsa cuba menahan dengan tangan kanan menyebabkan tangannya putus pada bahagian pergelangan dan kejadian itu disedari anak perempuan mangsa berusia 25 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Adzli berkata, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek dalam keadaan mabuk semasa pergaduhan berlaku.

“Susulan itu, suspek yang bekerja sebagai pengutip besi buruk telah ditahan untuk membantu siasatan. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dia direman selama tujuh hari bermula hari ini.

“Semakan jenayah lampau juga mendapati bahawa suspek mempunyai satu kesalahan lampau di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tags: anak tetak bapaKedahputus tangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd