• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakar Tahfiz, Seorang Diarah Bela Diri, Seorang Bebas

oleh
28/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang remaja berusia 19 tahun menangis teresak-esak sebaik Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, memerintahkannya membela diri atas tuduhan membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, September 2017.

Pada prosiding itu juga, rakannya selaku tertuduh kedua, yang sebelum ini turut didakwa atas pertuduhan sama, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan hanya berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pertama, yang ketika kejadian berusia 16 tahun, di akhir kes pendakwaan.

Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan tertuduh membela diri dan menetapkan 2 dan 3 Mac ini untuk perbicaraan kes.

Terdahulu, ketika mahkamah mula bersidang kira-kira jam 2.30 petang, kedua-dua remaja itu dilihat tenang dan hanya mendiamkan diri.

Bagaimanapun, sejurus prosiding selesai, tertuduh pertama dilihat gagal menahan air mata dan menangis sebaik dihampiri ahli keluarganya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua remaja itu didakwa atas 23 pertuduhan membunuh 23 penghuni pusat tahfiz itu di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di sini antara jam 4.15 pagi dan 6.45 pagi, 14 September 2017.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tertuduh di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati mengikut Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001, namun boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim, manakala peguam bela Haijan Omar mewakili kedua-dua tertuduh. – BH Online

Tags: bakar pusat tahfizDarul Quran Ittifaqiyah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mustahil Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah Dilakukan Seorang Individu – Pendakwa

Mustahil Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah Dilakukan Seorang Individu – Pendakwa

11/05/2023
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, mustahil kejadian kebakaran di Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat di ibu negara hanya...

“Saya Mahu Dia Jadi Lebih Baik Selepas Ini” – Bapa

29/01/2020
0

KUALA LUMPUR - “Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Dia dibebaskan dan saya mahu selepas ini dia menjadi lebih baik daripada sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd