• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Ditikam Bapa Saudara

oleh
28/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – “Ketika di pangkuan saya, dia sudah terlalu lemah dan pernafasan tercungap-cungap,” kata datuk kepada kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang maut dipercayai ditikam bapa saudaranya dalam kejadian Felda Cherul 2, Chukai di sini tengahari tadi.

Ramli Abu Bakar, 62, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, dia berada di kebun di belakang rumah sebelum terdengar suasana riuh rendah dari dalam rumah termasuk terdengar jeritan mangsa seperti dalam kesakitan lalu bergegas pulang.

Katanya, sebaik tiba di pintu rumah, dia melihat mangsa terbaring dengan berlumuran darah di dada manakala anak lelakinya yang berusia 26 tahun berada berhampiran kanak-kanak malang itu.

Menurut Ramli, anaknya dalam keadaan terpinga-pinga sambil memegang sebilah pisau pemotong sayur yang dipenuhi darah.

“Tanpa berlengah saya terus mendapatkan cucu dan memangkunya selain memberi kata-kata semangat supaya dia bertahan sebelum memanggil jiran meminta bantuan.

“Saya juga memangkunya ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Cheneh Baru dan dia masih bernyawa,” katanya.

Ramli berkata, “sebaik tiba di klinik berkenaan doktor mengesahkan cucu saya sudah tiada,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui di pekarangan rumahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian yang dibuat oleh di Balai Polis Chukai, di sini kira-kira jam 2.23 petang tadi.

Menurutnya, suspek yang tidak bekerja dan juga bapa saudara mangsa sudah ditahan dan siasatan awal mendapati suspek itu memiliki dua rekod jenayah lampau di bawah kesalahan Akta Dadah Berbahaya (ADB).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – Sinar Harian

Tags: kanak-kanakmaut ditikamTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd