• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yusoff Rawther Alu-Alukan Saman Farhash

oleh
27/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Muhammed Yusoff Rawther berkata, beliau mengalu-alukan saman yang difailkan terhadap dirinya oleh setiausaha politik presiden PKR, Anwar Ibrahim, tetapi mendakwa ia dibuat bagi mengalih tumpuan daripada perkara lebih penting.

Yusoff, yang turut memfailkan saman terhadap Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak kerana menyerangnya berkata, beliau akan mempertahankan diri daripada semua tuduhan yang dibuat oleh pengerusi PKR Perak itu.

Saman Farhash, yang difailkan Jumaat lepas adalah berkaitan satu sidang akhbar yang diadakan oleh Yusoff pada 4 Disember lepas, yang menyaksikan beliau mempersoal polis yang tidak bertindak ke atas laporan polis beliau yang mendakwa Farhash menyerangnya pada Mei tahun lepas.

Yusoff, yang menyifatkan Farhash sebagai “orang suruhan” Anwar Ibrahim” berkata, ia adalah percubaan untuk mengalih tumpuan awam, selain menambah bahawa beliau belum menerima saman tersebut.

“Ia adalah percubaan untuk mengalih tumpuan awam dan saya daripada isu asas yang dihadapi,” kata Yusoff, yang merupakan bekas pembantu penyelidik pejabat Anwar di Petaling Jaya.

Beliau juga sebelum ini mendakwa Anwar membuat serangan seksual ke atasnya pada Oktober 2018.

Jabatan Peguam Negara awal bulan ini bagaimanapun berkata, tidak terdapat alasan yang mencukupi untuk mendakwa Anwar.

Yusoff berkata, perbicaran di mahkamah akan membolehkan “kebenaran diketahui”.

“Saya mahu berdepan dengan pembuat dakwaan palsu dan memalukan ini di mahkamah,” katanya.

September lepas, Yusoff, yang juga merupakan cucu tokoh gerakan pengguna Pulau Pinang, SM Mohamd Idris memfailkan satu saman terhadap Farhash dengan mendakwa belia menumbuknya beberapa kali tanpa provokasi di pejabat Anwar di Bukit Gasing pada Mei tahun lepas.

“Serangan ganas itu bertentangan dengan undang-undang dan berlaku di tempat kerja plaintif,” katanya dalam pernyataan tuntuannya.

Yusoff juga memfailkan saman terhadap setiausaha akhbar Anwar, Tunku Nashrul Tunku Abaidah berhubung beberapa kenyataan akhbar beliau mengenai insiden tersebut. – FMT

Tags: Anwar IbrahimFarhash Wafa SalvadorMuhammed Yusoff Rawther
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Tangkap Layar PMX AI Menjawab “Tidak” Apabila Ditanya Sama Ada Anwar Patut Diundi Lagi

Tular Tangkap Layar PMX AI Menjawab “Tidak” Apabila Ditanya Sama Ada Anwar Patut Diundi Lagi

25/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Tangkap layar memaparkan avatar PMX AI didakwa menjawab "Tidak" apabila ditanya pengguna sama ada perlu mengundi Anwar...

eFishery – Ditipu RM200 Juta, Hassan Karim Desak Anwar Letak Jawatan Menteri Kewangan

eFishery – Ditipu RM200 Juta, Hassan Karim Desak Anwar Letak Jawatan Menteri Kewangan

19/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan jawatan sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd