• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Antara 3 Ditahan Terbabit IS – KPN

oleh Ahmad Albab
03/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penjawat awam antara tiga individu yang ditahan polis bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Johor dan Perak antara 28 Feb dan 2 Mac kerana disyaki terbabit dengan aktiviti kumpulan militan IS.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis menahan seorang penjawat awam yang bekerja di sebuah jabatan kerajaan kerana disyaki membantu mendaftarkan akaun Facebook bagi kegunaan beberapa rakyat Malaysia, berkaitan dengan aktiviti kumpulan IS.

“Polis percaya suspek itu yang berasal dari Perak juga merupakan anggota kanan kumpulan pengganas IS di Syria.

“Hasil siasatan mendapati suspek berusia 39 tahun itu merancang untuk menyertai IS (di Syria) dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata dalam kes kedua, pihaknya menahan seorang peniaga lelaki berusia 22 tahun yang berasal dari Perak kerana disyaki terlibat dalam menyumbang dana kepada rakyat Malaysia yang ingin menyertai IS di Syria.

Khalid berkata polis menahan suspek ketiga, yang merupakan surirumah berusia 29 tahun dari Johor, kerana disyaki merancang untuk menyertai kumpulan IS.

“Polis percaya wanita berkenaan juga bertanggungjawab dalam menghasut seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 17 Feb lepas, kerana dipercayai cuba menyertai IS di Syria,” katanya.

Kesemua mereka ditahan mengikut Bab VIA – kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan dan disiasat mengikut prosedur mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. – BERNAMA

Tags: khalid abu bakarPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd