• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Perluas Sekatan Perjalanan Ke Atas 7 Bandar

oleh
24/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas Wuhan, pihak berkuasa China memperluas sekatan perjalanan keluar ke atas tujuh lagi bandar sejak semalam berikutan penularan wabak novel coronavirus yang juga dikenali sebagai virus Wuhan.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata sekatan terbaharu itu melibatkan Huanggang, Ezhou, Chibi, Xiantao, Qianjiang, Zhijiang dan Lichuan.

“Kami sudah berkomunikasi rapat dengan pejabat diplomatik Malaysia di China dalam memantau perkembangan dan memastikan bantuan konsular diberi kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.

“Dalam hal ini, Kedutaan Malaysia di Beijing sudah menubuhkan Pasukan Tindak Balas Kecemasan untuk memberikan bantuan kepada rakyat Malaysia di kawasan terjejas,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyatakan bahawa usaha yang sama turut dilakukan konsulat Malaysia di China meliputi Guangzhou, Hong Kong, Kunming, Nanning, Shanghai dan Xi’an, serta Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taiwan.

“Rakyat Malaysia yang tinggal atau mengembara ke kawasan terjejas dinasihatkan untuk memberi keutamaan kepada kesihatan dan keselamatan diri mereka dengan mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.

“Ini termasuk mengelakkan tempat awam dan mendapatkan rawatan perubatan segera sekiranya mengalami gejala seperti demam, batuk atau kesukaran bernafas dalam masa 14 hari selepas pulang dari kawasan terjejas,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dan perkhidmatan konsular boleh menghubungi pejabat diplomatik China melalui pautan berikut:

1- Kedutaan Malaysia di Beijing: https://www.kln.gov.my/web/chn_beijing/home

2- Konsulat Jeneral Malaysia di Guangzhou: https://www.kln.gov.my/web/chn_guangzhou/home

3- Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong: https://www.kln.gov.my/web/chn_hong-kong/home

4- Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming: https://www.kln.gov.my/web/chn_kunming/home

5- Konsulat Jeneral Malaysia di Nanning: https://www.kln.gov.my/web/chn_nanning/home

6- Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai: https://www.kln.gov.my/web/chn_shanghai/home

7- Konsulat Jeneral Malaysia di Xi’an: https://www.kln.gov.my/web/chn_xian/home

8- Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei: https://www.kln.gov.my/web/twn_taipei/home

Tags: Chinacoronaviruswabakwuhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd