• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tabiat Makan China Boleh Jadi Penamat Manusia – Kadir

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penasihat media dan komunikasi kepada perdana menteri, A Kadir Jasin membidas China atas penyebaran koronavirus yang bermula di Wuhan, mengatakan tabiat makan negara itu “boleh jadi pemula kepada penamat umat manusia”.

Pegawai kerajaan China mengenalpasti sebuah pasar di Wuhan – bandar dengan 11 juta penduduk, yang kini dikuarantin – sebagai pusat virus yang setakat ini sudah meragut 25 nyawa mangsanya di China dan sudah merebak ke negara seperti Singapura dan Vietnam.

Selain menawarkan pelbagai jenis haiwan liar eksotik, daripada buaya hingga ke anak serigala, Wuhan Huanan Wholesale Seafood Market yang sudah ditutup itu juga menjual spesis yang dikaitkan dengan wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

“Nafsu makan China terhadap daging liar punca banyak penyakit bawaan haiwan baru-baru ini,” kata Kadir di Facebook.

“Tahun tikus menyaksikan China mengeksport flu koronavirus.

“Tabiat China memakan mengikut nafsu boleh jadi pemula kepada penamat umat manusia,” kata wartawan veteran itu, dan menambah China mesti bertanggungjawab.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengadakan mesyuarat tergempar semalam, mengumumkan koronavrisu itu suatu “kecemasan di China”.

Thailand mengesahkan 4 kes virus itu, Vietnam melaporkan 2 kes manakala Amerika Syarikat, Jepun, Taiwan, Korea Selatan, dan Singapura masing-masing melaporkan 1 kes.

Wisma Putra semalam menasihatkan rakyat supaya menunda semua perjalanan tidak penting ke Wuhan dan kawasan-kawasan lain yang mungkin terjejas dengan koronavirus. – FMT

Tags: A Kadir JasinChinadaging liarkoronavirustabiat makan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - "Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou telah membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi...

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

23/09/2026
0

HANGZHOU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) selepas pertama kali menaiki HSR...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd