• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Sahkan Kes Pertama Jangkitan Koronavirus

oleh
24/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Seorang warga China disahkan positif koronavirus baru, 2019-nCoV di Singapura, menurut laporan The Straits Times hari ini.

Kementerian Kesihatan memaklumkan penduduk Wuhan berusia 66 tahun terbabit dilaporkan tiba di negara tersebut pada Isnin lalu dan menginap di Shangri-La’s Rasa Sentosa resort.

Anak lelakinya berusia 37 tahun juga disyaki dijangkiti virus seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) tersebut manakala ahli kumpulan lawatan tersebut dikuarantin dan dipantau selama dua minggu.

Selain itu, ujian awal ke atas seorang wanita berumur 53 tahun menunjukkan dia juga positif virus, namun masih menunggu pengesahan.

Bagaimanapun, tiada bukti menunjukkan virus tersebut merebak kepada individu lain di Singapura.

Difahamkan, jumlah kes jangkitan 2019-nCoV terbabit dilaporkan meningkat di Singapura selepas pemeriksaan suhu dilakukan terhadap pelancong dari China.

Menurut kementerian itu lagi, terdapat 28 kes disyaki melibatkan individu berumur 12 bulan hingga 78 tahun termasuk tujuh daripadanya disahkan bebas jangkitan koronavirus itu.

“Segala langkah diambil untuk mengekang penularan virus itu. Kes pertama jangkitan itu diasingkan dan ia tidak lagi mendatangkan risiko kepada orang ramai,” kata Pengarah Penyakit Berjangkit di kementerian itu, Profesor Madya Vernon Lee. – Agensi

Tags: 2019-nCoVChinakoronavirusSingapurawabak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Kapal China Dilapor Hampiri Kawasan ZEE Malaysia Di Sarawak

Dua Kapal China Dilapor Hampiri Kawasan ZEE Malaysia Di Sarawak

16/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR – Pergerakan beberapa kapal berkaitan China yang dilaporkan menghampiri kawasan berhampiran Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia...

“Kadang-Kadang Yang Bersyukur Seperti Sing Phing Dilabelkan Pengkhianat”

“Kadang-Kadang Yang Bersyukur Seperti Sing Phing Dilabelkan Pengkhianat”

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekilas pandang di merata dunia, yang berketurunan Cina jarang dapat berpendidikan dalam Bahasa Mandarin melainkan di China....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd