• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Coronavirus: Angka Kematian Di China Meningkat Kepada 25

oleh
24/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Angka kematian akibat wabak coronavirus meningkat kepada 25 orang dengan bilangan kes melonjak kepada 830 kes.

Suruhanjaya Kesihatan Nasional berkata, pihak berkuasa turut melakukan pemeriksaan terhadap 1,072 kes disyaki berpunca daripada virus yang pertama kali dikesan di tengah bandar Wuhan.

Peningkatan jumlah yang ketara itu dikeluarkan dalam tempoh beberapa jam selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan situasi itu belum menjadi kecemasan kesihatan global.

China mengenakan perintah kuarantin terhadap hampir 20 juta penduduknya di Wuhan dan beberapa bandar berdekatan sebagai tindakan susulan terhadap virus itu.

China turut mengumumkan langkah bagi mengekang penyebaran wabak itu berikutan jutaan penduduk memulakan perjalanan ke seluruh negara minggu ini susulan cuti Tahun Baharu Cina.

Pusat beli belah dan jalan di Wuhan iaitu sebuah hub pengangkutan dan perindustrian utama, pula dilihat sunyi selepas pihak berkuasa memberitahu penduduk supaya tidak meninggalkan bandar yang mempunyai 11 juta penduduk di mana kes pertama dikenal pasti.

Suruhanjaya itu berkata, jumlah kematian disemak semula berikutan berlakunya lapan kematian baharu pada semalam dan 259 kes baharu dilaporkan berlaku di seluruh negara.

Tambahnya, daripada 830 kes yang disahkan itu, 177 mangsa berada dalam keadaan serius. 34 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar daripada hospital.

Virus itu dikatakan bermula dari sebuah pasar makanan laut dan haiwan di Wuhan dengan kes dilaporkan sudah menular sehingga ke Amerika Syarikat.

Virus terbaharu itu menimbulkan kebimbangan berikutan ia dipercayai bersamaan dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang pernah menyebabkan kematian hampir 650 penduduk di seluruh tanah besar China dan Hong Kong pada 2002 hingga 2003.

Selepas dua hari perbincangan untuk memuktamadkan tahap kebimbangan global, WHO belum mengisytiharkan ia sebagai kecemasan kesihatan awam di peringkat kebimbangan antarabangsa iaitu perisytiharan yang digunakan untuk epidemik paling berat. – Agensi

Tags: Chinacoronaviruswabak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd