• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Batu 3, Sungai Rasau Bukti BN Tak Pernah Naikkan Tol

oleh
23/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membidas kenyataan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua mengenai kadar tol dan menyifatkan tuduhan wakil rakyat DAP itu tidak benar.

Ismail Sabri berkata, Barisan Nasional (BN) sebelum ini memansuhkan beberapa tol antaranya tol Batu Tiga, Plaza Tol Sungai Rasau di Selangor, Plaza Tol Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) di Johor pada tahun 2018.

“Kita tidak pernah naikkan tol dan kita batalkan beberapa tol terutamanya tol Shah Alam. Kita batalkan, tak bayar terus.

“Bukannya turunkan dari segi bayaran, saya ingat zaman pemerintahan Datuk Seri Najib (Razak) enam atau tujuh tol kita batalkan dari segi pembayaran.

“Sekarang satu pun tidak ada, walaupun janji PH (Pakatan Harapan) nak hapuskan tol. Cuma yang mampu mereka lakukan hari ini adalah kurangkan tol.

“Tony Pua tak payah cakaplah, kalau betul nak bercakap, dia umumkan hapuskan tol seperti dijanjikan dalam manifesto PH,” katanya ketika ditemui media di pejabatnya di sini hari ini.

Semalam, Tony yang juga Setiausaha Politik Guan Eng melalui sebuah portal berkata, di bawah pentadbiran BN semasa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak konsesi dilanjutkan beberapa kali namun kadar tol tidak pernah diturunkan malah dinaikkan setiap tiga tahun mengikut perjanjian. – Sinar Harian

Tags: Barisan Nasionalkadar tolmansuh tol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Legenda Badminton Negara Lee Chong Wei Hadir Beri Sokongan Kepada Calon BN DUN Layang-Layang

Legenda Badminton Negara Lee Chong Wei Hadir Beri Sokongan Kepada Calon BN DUN Layang-Layang

10/07/2026
0

KLUANG - Legenda badminton negara, Datuk Seri Lee Chong Wei hadir memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) di Dewan...

Semoga Allah S.W.T Memberkati Bangsa Johor  – Onn Hafiz

Semoga Allah S.W.T Memberkati Bangsa Johor – Onn Hafiz

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor esok, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon maaf sekiranya terdapat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd