• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Sedia Jumpa Hadi, Jawab Isu ‘Susunan Politik Baru’

oleh
23/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Presiden PKR, Anwar Ibrahim juga sedia berjumpa Abdul Hadi Awang walaupun sibuk, ketika ditanya pemberita mengenai “susunan politik baru” di Putrajaya susulan pertemuan presiden PAS dengan perdana menteri.

“Tak ada masalah, tak ambil permusuhan peribadi dengan sesiapa. PAS atau tidak, bagi saya soal prinsip,” katanya kepada pemberita di satu program di Universiti Sultan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu.

Anwar juga menyifatkan cakap-cakap mengenai penjajaran penyokong Dr. Mahathir Mohamad dengan PAS itu hanya “tafsiran umum”.

“Boleh jadi bayangan PAS,” katanya, tanpa huraian lanjut.

FMT memetik sumber yang arif dengan rancangan-rancangan di Putrajaya berkata pengaturan semula lanskap politik Malaysia secara besar-besaran, yang boleh mengangkat PAS ke kuasa persekutuan, mungkin sedang dirancang berikutan kemerosotan sokongan kepada kerajaan PH.

Menurut sumber, penjajaran PPBM dan PAS mungkin akan memunahkan harapan DAP untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan PH, tetapi pasti akan menghalang cita-cita Anwar yang mahu menjadi perdana menteri.

Mahathir memandang ringan laporan itu, mengatakan tugasnya berjumpa “semua orang”.

“Walaupun mereka musuh saya,” katanya. – FMT

Tags: Abdul Hadi AwangAnwar IbrahimMahathir MohamadPASPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

06/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO diingatkan supaya tidak tamak dalam soal pembahagian kerusi sekiranya benar-benar mahu menjayakan kerjasama politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd