• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas Mercedes, Exco Kelantan Dapat RM50,000 Dipersoal

oleh
23/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Belum habis isu pembelian Mercedes Benz yang mendapat pelbagai kritikan, Exco kerajaan negeri kini mula dipersoalkan dengan isu bonus RM50,000.

Bukan sahaja kakitangan kerajaan akan menerima bonus RM1,000, malah Exco juga didakwa akan mendapat ‘bonus’ mereka pada minggu kedua bulan ini.

Berita tersebut rata-rata mengejutkan ramai pihak dan masing-masing terutama pengguna alam maya mengambil peluang ‘menghentam’ kerajaan negeri di laman sosial.

Masing-masing mengutarakan rasa kecewa apabila kerajaan Kelantan dilihat ‘berduit’ sedangkan rakyat di peringkat akar umbi masih dibebani dengan kos sara hidup.

Malah ada yang mempertikaikan tugas dan tanggungjawab dilakukan Exco sehingga layak diberikan wang sebanyak itu setiap seorang.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah melalui laporan Malaysiakini mengesahkan mengenai berita tersebut, namun ia bukanlah bonus sebagaimana digembar-gemburkan, sebaliknya ia adalah pemberian khas.

Beliau turut menafikan wang tersebut berkait dengan peruntukan khas oleh kerajaan Persekutuan berjumlah RM400 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini.

Usaha Sinar Harian mendapatkan penjelasan lanjut daripada kerajaan negeri masih gagal dan salah seorang Exco Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan yang ditemui semalam juga enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut. – Sinar Harian

Tags: kerajaan kelantanPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

07/08/2026
0

PASIR PUTEH - Semua pihak diminta tidak berasa khuatir dengan isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu membabitkan kerjasama...

Zamir Ghazali Dakwa Akan Keluarkan Simpanan Tabung Haji Jika UMNO-PAS Bentuk Kerajaan Persekutuan

Zamir Ghazali Dakwa Akan Keluarkan Simpanan Tabung Haji Jika UMNO-PAS Bentuk Kerajaan Persekutuan

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah), Zamir Ghazali mendakwa beliau bersama keluarganya akan mengeluarkan simpanan di Tabung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd