• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Beban Paling Besar Kerajaan PH, Negara

oleh
22/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemimpin DAP yang dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri, tetapi bersifat rasis, tidak menghormati perlembagaan dan sejarah negara wajar dilucutkan dari jawatan.

Ini kerana, PAS melihat parti cauvinis itu menjadi beban besar kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang kini sedang bergolak dengan pelbagai isu berpunca dari sikap tamak DAP ingin menguasai Malaysia.

Menurut Ketua Penerangan PAS Malaysia, Kamaruzaman Mohamad, sebagaimana terkandung dalam perlembagaannya, parti itu mempunyai agenda songsang terhadap negara iaitu ingin menjadikan Malaysia sebuah negara yang menafikan semangat Kontrak Sosial yang menjadi asas kemakmuran negara.

“Demi mencapai matlamat ini, PAS menyarankan pemimpin DAP yang tidak kompeten, dilucutkan sebagai menteri atau timbalan menteri kerana menjadi bebanan kepada kerajaan PH dalam mentadbir negara.

“Tidak hairan sama sekali apabila kita melihat DAP berusaha mencabul sedikit demi sedikit Perlembagaan Negara sama ada melalui pemimpin atau NGO yang bernaung di bawah mereka.

“Isu sensitiviti agama, kedaulatan bahasa Melayu, bendera Malaysia, anti tulisan Jawi dan mempromosikan ideologi komunis, desakan usul Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (PBT), ICERD, Statut Rom dan pelbagai lagi tindakan menjadi bukti kukuh dan jelas DAP semakin lancang dalam merobek Perlembagaan Negara,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Kamaruzaman menjelaskan, Tokoh Wartawan Negara 2019, Tan Sri Johan Jaaffar Juga menyifatkan DAP cuba bermain sentimen dengan mengapikan bahawa UMNO dan PAS bersifat perkauman.

Walhal katanya, masyarakat boleh melihat dengan jelas DAP sebuah parti Cina yang rasis dan cauvinis.

“Mereka bukan saja gagal mendekati golongan pelbagai kaum, bahkan masyarakat Cina sendiri kurang senang dengan pemimpin DAP yang diibaratkan seperti kacang lupakan kulit.

“Orang Melayu juga secara lantang dan terbuka memperkatakan cubaan DAP untuk melemahkan kepentingan orang Melayu.

“Perkara ini menjadi sebab utama ramai pemimpin Melayu dalam kerajaan PH mula merasakan DAP adalah punca terbesar masalah dalam gabungan mereka,” ujarnya.

Beliau berkata, DAP juga menjadi faktor penolakan rakyat yang mengundi PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), di mana pengundi telah beralih arah kepada pembangkang dan ini dibuktikan dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK).

Oleh itu, kata Kamaruzaman, PAS tegas mempertahankan usaha untuk memelihara keharmonian kaum di Malaysia. – MalaysiaGazette

Tags: DAPpakatan harapanPAS
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

DAP Buat Keputusan Kekal Atau Keluar Kerajaan Pada 16 Ogos – Anthony Loke

DAP Buat Keputusan Kekal Atau Keluar Kerajaan Pada 16 Ogos – Anthony Loke

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – DAP akan menyerahkan kepada lebih 4,000 perwakilan parti untuk menentukan sama ada parti itu akan terus kekal...

Zamir Ghazali Dakwa Akan Keluarkan Simpanan Tabung Haji Jika UMNO-PAS Bentuk Kerajaan Persekutuan

Zamir Ghazali Dakwa Akan Keluarkan Simpanan Tabung Haji Jika UMNO-PAS Bentuk Kerajaan Persekutuan

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah), Zamir Ghazali mendakwa beliau bersama keluarganya akan mengeluarkan simpanan di Tabung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd