• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Tunggal Didakwa Bunuh Anak Sendiri

oleh
22/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang ibu tunggal didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap anak kandungnya yang berusia dua tahun 10 bulan pada 13 Januari lepas.

Nurul Shamira Mazlan, 21, bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan dan hanya menggangguk faham ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Rashidah Baharom.

Tertuduh yang tidak bekerja didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan dia didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas anak perempuannya, Nur Shahana Abdus Quddus di sebuah pangsapuri di Jalan Kempas Indah, Taman Kempas Indah, Kempas, di sini antara 5 hingga 11 Januari lepas.

Pendakwaan kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Benedict Choong Kai-Qi manakala tertuduh diwakili oleh tiga peguam iaitu Muhammad Ashraff Mohd Diah, Mohd Norazihan Adnan dan Jack Sumatra.

Majistret Rashidah kemudiannya menetapkan 24 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes, sementara menunggu laporan bedah siasat dan kimia.

Tertuduh sebelum ini ditahan polis bersama teman lelakinya, 33, pada pukul 3.45 petang, 14 Januari (Selasa) lepas.

Ia susulan satu laporan polis yang dibuat oleh pihak Hospital Sultan Ismail (HSI) yang menemui kesan penderaan pada badan kanak-kanak itu ketika dibawa oleh ibunya untuk mendapatkan rawatan setelah mengalami jangkitan kuman.

Sementara itu, Muhammad Ashraff memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa teman lelaki tertuduh telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah dan akan dipanggil semula sebagai saksi kes.

Tags: anak kandungibu bunuh anakibu tunggal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

01/09/2025
0

Melaka: Lapan pasangan dicekup berkhalwat menerusi Operasi Cegah Jenayah Syariah (OCJS) di beberapa hotel sekitar Bandaraya Melaka, awal pagi semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd