• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Henti Bincang Peralihan Kuasa Secara Terbuka – Anwar

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa semua pihak dalam Pakatan Harapan (PH) tidak membincangkan soal peralihan kuasa secara terbuka, susulan gesaan pimpinan PKR mendesak Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatannya.

Anwar berkata, beliau sendiri sudah memberi jaminan untuk menyokong Mahathir sebagai perdana menteri dalam mengemudi negara terutamanya mengukuhkan ekonomi.

“Saya gesa semua pihak dalam PH untuk tidak membicarakan soal peralihan kuasa secara terbuka dan menghormati konsensus yang sudah disepakati pada Januari 2018.

“Saya sudah memberi jaminan untuk menyokong Dr. Mahathir dalam ikhtiar mengemudi negara terutama mengukuhkan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menghentam beberapa pemimpin PH kerana “tidak habis-habis” menggesa Mahathir berundur dan membuka laluan kepada Anwar.

Ketua Pemuda PPBM itu menamakan 9 pemimpin PH daripada PKR dan DAP, yang dituduh membelakangkan konsensus yang membenarkan Mahathir mengetuai kerajaan.

Ini termasuk Ramkarpal Singh dari DAP, P Ramasamy dan Ronnie Liu, serta penyokong Anwar dalam PKR seperti Syed Husin Ali, Johari Abdul, Abdullah Sani, Akmal Nasir, Rafizi Ramli, dan Syukri Razab.

Menurut Anwar, PH dan Mahathir sudah berulang kali menegaskan komitmennya untuk menjayakan proses transisi seperti yang dipersetujui.

“Maka sewajarnya kita turut menghormati keputusan tersebut agar ia berlaku secara aman dan teratur,” katanya.

Menerusi persefahaman pimpinan PH, Anwar Ibrahim akan diangkat sebagai perdana menteri ke-8.

Pada 14 Januari lalu, Mahathir menyatakan kesediaannya melepaskan jawatan jika presiden parti dalam PH memintanya berbuat demikian.

Beliau juga mencadangkan penyerahan kuasa mungkin akan berlaku selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik di Kuala Lumpur pada November.

Tarikh peralihan kuasa Mahathir kepada Anwar terus menjadi perbincangan sejak kebelakangan ini susulan tempoh 2 tahun yang disebut-sebut sebelum ini hampir tamat. – FMT

Tags: Anwar Ibrahimpakatan harapanperalihan kuasaPerdana Menteri
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, semangat federalisma sememangnya menjadi satu kewajipan yang...

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR -Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa Perdana Menteri bukan Pendakwa Raya dan tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd