• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jakim Peruntuk RM468 Juta Bayar Elaun Guru Agama, Imam

oleh Ahmad Albab
03/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperuntuk RM468 juta tahun ini untuk membayar elaun guru agama, imam serta penyelaras pentadbiran masjid daerah di seluruh negara.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan amat mengambil berat peranan yang dimainkan guru-guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA), imam, guru Takmir dan jawatankuasa masjid dalam memimpin dan menyampaikan dakwah, sekali gus memartabatkan agama Islam

“Peranan yang dimainkan oleh guru-guru agama dan penyelaras pentadbiran masjid amat penting di dalam membangunkan Islam di negara ini,” katanya ketika merasmikan Multaqa Imam, Guru Takmir, Guru KAFA dan Jawatankuasa Masjid Negeri Kedah hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha.

Jamil Khir berkata daripada keseluruhan peruntukan itu tahun ini, RM319 juta digunakan untuk membayar elaun 32,764 guru KAFA dan RM107 juta untuk membayar elaun 14,254 imam di seluruh negara.

Sebanyak RM36 juta pula akan diperuntukkan untuk program Takmir dan elaun 3,759 guru Takmir, manakala RM4.7 juta pula adalah untuk elaun 171 Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah.

Daripada jumlah itu, sejumlah RM44.5 juta diperuntukkan kepada kerajaan negeri Kedah untuk membayar elaun-elaun Guru KAFA (RM29.4 juta), imam (RM10.9 juta), guru Takmir (RM3.8 juta) dan penyelaras pentadbiran Masjid Daerah (RM372,000).

Jamil Khir juga meminta semua pihak supaya mengetepikan sentimen politik dan idealogi dalam membangunkan umat Islam kerana ia adalah tanggungjawab yang diamanahkan. – BERNAMA

Tags: JakimJamil Khir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Sirajuddin Suhaimee mengingatkan golongan mahasiswa agar merujuk Garis Panduan...

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

03/11/2025
0

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf   PUTRAJAYA, 2 Nov – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd