• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syed Saddiq Hentam Pemimpin DAP, PKR Pro-Anwar

oleh
22/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini menghentam beberapa pemimpin Pakatan Harapan kerana “tidak habis-habis” menggesa Dr. Mahathir Mohamad berundur dan membuka laluan kepada Anwar Ibrahim.

Ketua Pemuda PPBM itu menamakan 9 pemimpin PH daripada PKR dan DAP, yang dituduh membelakangkan konsensus yang membenarkan Mahathir mengetuai kerajaan.

Ini termasuk Ramkarpal Singh dari DAP, P Ramasamy dan Ronnie Liu, serta penyokong Anwar dalam PKR seperti Syed Husin Ali, Johari Abdul, Abdullah Sani, Akmal Nasir, Rafizi Ramli, dan Syukri Razab.

“Tidak sampai 2-3 tahun Mahathir memegang jawatan sebagai perdana menteri, mereka sudah mendesak Mahathir meletakkan jawatan.

“Bagaimana Mahathir ingin mentadbir negara jika setiap hari didesak, ditekan dan diserang oleh mereka yang dianggap sebagai sekutu Anwar?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syed Saddiq berkata tindakan mereka boleh dianggap tidak mengutamakan kepentingan negara.

“Perbaiki keadaan parti kamu! Berhenti tuntut perdana menteri yang dipilih secara demokrasi letak jawatan dan sila hormati konsensus PH!” katanya.

Mahathir baru-baru ini didesak mengumumkan tarikh khusus penyerahan kuasa kepada Anwar, seperti yang dipersetujui pemimpin PH sebelum pilihan raya umum 2018.

Beliau yang menjadi perdana menteri susulan kemenangan PH pada pilihan raya umum 2018 berulang kali berkata akan mengotakan janji itu selepas kira-kira 2 tahun.

Mahathir baru-baru ini mencadangkan penyerahan kuasa mungkin akan berlaku selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik di Kuala Lumpur pada November. – FMT

Tags: Anwar IbrahimDAPMahathir MohamadPerdana MenteriPKRSyed Saddiq
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Menginsafi Masih Banyak Perlu Dilaksanakan Kerajaan Madani” – PMX Anwar

“Saya Menginsafi Masih Banyak Perlu Dilaksanakan Kerajaan Madani” – PMX Anwar

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau menginsafi bahawa masih banyak yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan...

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengurangan kuota Budi Madani RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter adalah satu keputusan yang tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd