• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Papagomo Dikasari, Polis Ambil Keterangan 3 Lelaki

oleh
21/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis memanggil tiga lelaki untuk mengambil keterangan berhubung insiden Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo dikepung sekumpulan lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, ketiga-tiga mereka tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, kira-kira jam 4 petang semalam.

“Ketiga-tiga mereka yang dipercayai terbabit dalam insiden itu diambil keterangan.

“Semua mereka dibebas dengan jaminan polis namun siasatan masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Terdahulu, kira-kira jam 7.30 malam, 19 Januari lalu, Wan Muhammad Azri mendakwa dikasari sekumpulan lelaki ketika mendaftar masuk di salah satu kaunter di KKIA.

Beliau kemudian membuat laporan di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur, jam 2.30 pagi semalam. – BH Online

Tags: KKIApapagomoPemuda UMNOWan Muhammad Azri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Sekali Pemuda UMNO, Selamanya Pemuda UMNO’ – Akmal Jumpa Anwar 

‘Sekali Pemuda UMNO, Selamanya Pemuda UMNO’ – Akmal Jumpa Anwar 

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk...

Bimbang Naratif Terancang Hakis Kuasa Raja-Raja Melayu – Pemuda UMNO Pekan

Bimbang Naratif Terancang Hakis Kuasa Raja-Raja Melayu – Pemuda UMNO Pekan

25/12/2025
0

PEKAN – Pemuda UMNO Pekan menyuarakan kebimbangan terhadap perkembangan polemik berkaitan isu Titah Adendum yang dilihat berpotensi membentuk naratif berbahaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd