• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat 2 Hala Malaysia-India Tak Tercapai

oleh
21/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hari ini mendedahkan bahawa mesyuarat 2 hala yang dicadangkan oleh India dan disasar diadakan minggu ini, tidak tercapai kerana kedua-dua pihak mempunyai jadual yang padat.

Kementerian Kereta Api, Perdagangan & Industri India menerusi permintaan rasmi pada 24 Disember lepas mencadangkan mesyuarat 2 hala antara kedua-dua menteri di luar Forum Ekonomi Dunia Davos, Switzerland yang berlangsung dari 21 hingga 24 Januari.

MITI dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia dan kementerian tersebut saling berhubung bagi kemungkinan mengadakan mesyuarat 2 hala untuk membincangkan isu perdagangan dan pelaburan 2 hala dan serantau.

“Kedua-dua negara itu sama sekali tidak menolak untuk bertemu antara satu sama lain. Demi semangat perkongsian ekonomi antara kedua-dua negara, Malaysia berusaha untuk memenuhi permintaan rasmi oleh India itu.

“Tetapi disebabkan kedua-dua menteri mempunyai jadual yang padat, masa pertemuan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak tidak dapat dicapai pada ketika kenyataan ini dikeluarkan,” kata MITI.

Kementerian itu berkata, berikutan tiadanya mesyuarat rasmi, menjadi satu perkara biasa bagi pihak yang berminat untuk bertemu secara tidak rasmi dan bertukar pandangan di luar acara forum ekonomi tersebut.

Menteri MITI, Darell Leiking melahirkan keterbukaannya untuk mengadakan perbincangan seumpama itu dengan rakan sejawatannya Piyush Goyal, terutamanya berkaitan dengan penyertaan India dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang diterajui Asean.

Pada 2018, India merupakan rakan dagang ke-10 terbesar Malaysia. Jumlah perdagangan dengan India meningkat sebanyak 2.2% kepada RM62.76 bilion daripada RM61.38 bilion pada 2017.

India juga merupakan rakan dagang, destinasi eksport dan sumber import terbesar bagi Malaysia dalam kalangan negara Asia Selatan.

Dari segi pelaburan, India merupakan satu daripada sumber utama pelaburan asing Malaysia.

Setakat Disember 2018, 258 pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan bernilai RM9.30 bilion dan dijangka mewujudkan 27,042 peluang pekerjaan.

Tags: Darell LeikingIndiaMITI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

24/02/2026
0

LUCKNOW – Ketegangan yang tercetus di sebuah universiti awam di India akhirnya bertukar menjadi simbol harapan dan perpaduan, apabila pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd