• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba T’ganu Selamatkan Harta Bernilai RM218 Juta Tahun Lalu

oleh Ahmad Albab
03/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu berjaya menyelamatkan harta benda dan bangunan dengan anggaran nilai RM218 juta sepanjang tahun lepas.

Pengarahnya Md Salleh Sarbini berkata jumlah kerugian yang ditaksir akibat kebakaran tahun lalu pula mencecah RM15 juta.

Menurutnya daripada jumlah itu, sebanyak 149 kes kebakaran melibatkan bangunan dan 99 kes melibatkan rumah kediaman yang dipercayai berpunca kebanyakannya daripada masalah pendawaian elektrik dan kecuaian ketika memasak di dapur.

“Selain itu, sebanyak 4,429 panggilan kecemasan telah diterima sepanjang tahun lalu dan daripada jumlah itu, 3,158 merupakan panggilan kebakaran diikuti panggilan kerja menyelamat (1,162 kes) dan panggilan khidmat khas (109 kes),” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Md Salleh berkata pihaknya tidak menafikan antara faktor penyumbang kebakaran berkenaan ialah litar pintas akibat pemilik melakukan penyambungan elektrik secara berlebihan selain penggunaan alat elektrik yang tidak dijamin kualiti.

Memandangkan statistik kebakaran melibatkan rumah kediaman kian meningkat, justeru pihaknya telah menganjurkan pelbagai program bagi mengelak kediaman daripada terbakar.

“Kita turut mengadakan ceramah kesedaran kepada jabatan kerajaan dan swasta serta orang awam bagi meningkatkan aspek kesedaran kepada masyarakat terhadap bahaya kebakaran,” katanya.

Jelasnya sepanjang tahun lalu, sebanyak 412 ceramah dan latihan kebombaan telah dilaksanakan dengan penglibatan 50,698 orang awam meliputi aspek latihan mengenai asas keselamatan dan cara bertindak yang betul apabila berdepan risiko kebakaran. – BERNAMA

Tags: Bombakebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd