• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

G25 Lebih Bahaya Daripada Al-Maunah – Hadi

oleh
17/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – PAS hari ini berkata, kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25 dan pengikutnya adalah lebih berbahaya daripada kumpulan militan al-Maunah.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan berkata, kumpulan itu memberi ancaman kepada akidah umat Islam kerana pemikiran mereka tidak berpandukan syariat daripada ajaran dan kitab suci agama itu.

“Kita pernah berdepan dengan peristiwa kumpulan Al Maunah yang kuat berzikir, tetapi menyerang kem tentera negara sendiri,” katanya merujuk kepada sekumpulan individu pada Julai 2000 yang menceroboh sebuah kem Rejimen Askar Wataniah di Gerik, Perak dan melarikan sejumlah senjata dari kem berkenaan.

Kumpulan itu, seramai 27 orang, yang merancang untuk menggulingkan kerajaan kemudiannya bersembunyi di Bukit Jenalik, Sauk, Perak sebelum menyerah diri kepada pasukan keselamatan berikutan kepungan yang diadakan.

Hadi berkata, beliau berasa kesal dengan pihak berkuasa kerana membiarkan perbincangan oleh kumpulan yang “bodoh dan bebal” berhubung hal ehwal Islam.

Beliau berkata, perbincangan mengenai agama Islam tidak boleh dibiarkan kepada kumpulan itu yang disifatkannya sebagai “makhluk perosak”.

“Walaupun dikatakan berpelajaran, tetapi akalnya kecil daripada ijazahnya,” katanya sambil menambah G25 tidak sepatutnya berlagak dan berasa serba tahu dalam urusan agama.

Dalam pada itu, Hadi juga mempertikai pihak media yang dilihat memberi perhatian kepada laporan G25 dengan mengatakan mereka juga akan memikul dosa dan kesalahan yang sama seperti kumpulan itu.

Sabtu lalu, G25 mengkritik undang-undang murtad dengan berkata, keputusan seorang Islam untuk keluar agamanya adalah antara individu itu dengan Tuhan.

Dalam laporan bertajuk “Administration of Matters Pertaining to Islam”, kumpulan itu berkata, undang-undang negeri yang menghukum kesalahan murtad, sama ada dengan denda, pemenjaraan atau pemulihan, adalah tidak konsisten dengan perlembagaan persekutuan yang menjamin kebebasan beragama. – FMT

Tags: al-maunahG25PASumat Islam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd