• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kes Coronavirus Di Negara Ini – KKM

oleh
16/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada kes membabitkan coronavirus baharu dilaporkan di negara ini, namun kerajaan mengambil langkah siap sedia bagi menghadapi potensi penularan penyakit itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menegaskan bahawa situasi jangkitan influenza yang dilaporkan di Malaysia sekarang tiada kaitan dengan kejadian coronavirus baharu di Wuhan, China.

Katanya, antara langkah kesiapsiagaan yang dilaksanakan ialah memaklumkan kepada semua anggota KKM di semua peringkat termasuk pintu masuk antarabangsa negara bagi mengambil langkah pencegahan dan kawalan infeksi.

“Kita turut memberi penekanan dan memperkukuhkan aktiviti saringan demam sedia ada dalam kalangan pengembara oleh anggota yang bertugas di pintu masuk antarabangsa negara.

“Pengembara yang dikesan mengalami demam dan bergejala, pemeriksaan akan dilakukan semula di pusat kuarantin kesihatan atau tempat pemeriksaan di pintu masuk antarabangsa negara,” katanya menerusi kenyataan media, di sini.

Dr. Noor Hisham berkata, saringan pesakit di klinik kesihatan dan Jabatan Kecemasan hospital diperkukuhkan bagi memastikan kes yang disyaki akan dirujuk dan dikendalikan dengan mematuhi langkah pencegahan dan kawalan infeksi.

Katanya, seseorang yang mengalami gejala penyakit respiratori akut dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari Wuhan, dinasihatkan supaya pergi ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk menjalani pemeriksaan.

“Sekiranya terdapat kes disyaki yang dikesan dari mana-mana fasiliti kesihatan, kes perlu dilaporkan segera kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC).

“KKM turut memperkukuhkan keupayaan bagi menjalankan ujian pengesanan dan pengesahan coronavirus. Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) adalah makmal sedia ada yang berupaya menjalankan ujian berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, anggota KKM juga dinasihatkan menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) dan simpanan stok bagi PPE serta ubat-ubatan bagi menghadapi wabak perlu dipastikan mencukupi untuk menampung keperluan di fasilti kesihatan masing-masing.

Katanya, KKM akan sentiasa bekerjasama rapat dengan semua agensi berkaitan bagi memperkukuhkan aktiviti kesiapsiagaan dan maklum balas kementerian bagi menghadapi potensi penularan jangkitan dalam negara.

Pada 31 Disember lalu, pihak berkuasa China melaporkan mengenai satu kejadian kluster radang paru-paru (pneumonia) yang tidak diketahui punca jangkitannya, membabitkan masyarakat setempat di Wuhan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kemudian mengesahkan bahawa wabak yang berlaku di Wuhan, adalah disebabkan oleh jangkitan daripada coronavirus baharu.

Tags: ChinacoronavirusKKMPenyakit
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd