• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Perlu Mesyuarat Khusus Peralihan Kuasa – Guan Eng

oleh
15/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tiada sebab untuk mengadakan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) khusus untuk membincangkan mengenai peralihan kuasa kerana Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah berjanji akan melepaskan jawatan Perdana Menteri, November ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata isu peralihan kuasa itu wajar dibiarkan mengikut jadual yang sudah disyorkan oleh Perdana Menteri dan PH sepatutnya memastikan ia dilaksanakan secara teratur.

Katanya, jika peralihan kuasa itu dapat dijalankan tanpa sebarang kekecohan, ia secara tidak langsung akan mewujudkan keadaan yang stabil bukan sahaja untuk negara, tetapi bagi pertumbuhan ekonomi.

“Marilah kita bersatu hati atau mempunyai tekad yang sama untuk membangunkan pertumbuhan ekonomi serta memastikan kestabilan politik dapat terus kekal.

“Di sini kita tidak harus mempertikai atau membangkitkan perkara yang tidak membantu ekonomi atau pembangunan ekonomi kita, tentu ada banyak spekulasi akan timbul,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyerahan Peruntukan RM100 juta daripada Kementerian Kewangan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof bagi menyelenggara dan menaik taraf sekolah tahfiz, sekolah pondok dan sekolah agama rakyat di sini, hari ini.

Guan Eng yang juga Menteri Kewangan berkata, seharusnya perkara yang perlu dititik berat ialah bagaimana untuk memastikan ekonomi negara tumbuh dengan mampan serta melaksanakan janji dalam manifesto PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Selain itu, kita perlu pastikan peralihan kuasa berjalan lancar dan (oleh demikian) kita sudah jalankan tanggungjawab kita dan barulah boleh berdepan dengan rakyat dalam pilihan raya akan datang dengan penuh keyakinan.

“Secara jujurnya, sekiranya kita tidak dapat pastikan peralihan kuasa berjalan dengan lancar, susah untuk dapat keyakinan rakyat dan sukar juga untuk menghadapi PRU akan datang,” katanya.

Semalam, media melaporkan, Dr. Mahathir sedia melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri serta-merta jika Majlis Presiden PH mahu beliau berbuat demikian.

Beliau menjelaskan sebarang isu berkaitan peralihan kuasa akan diputuskan oleh Majlis Presiden PH yang dianggotai empat parti iaitu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Isu berkenaan timbul apabila beberapa wakil rakyat daripada PKR yang mencadangkan Mei ini sebagai tarikh peralihan kuasa kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen, Subang Wong Chen dalam satu forum yang diadakan baru-baru ini berkata, kesamaran tarikh peralihan kuasa menyebabkan pelabur menangguhkan pelaburan mereka kerana tidak pasti dengan masa depan politik negara.

Beliau turut berpendapat bahawa dengan peralihan kuasa secepat mungkin akan membolehkan Anwar mempunyai lebih masa untuk melancarkan reformasi yang dijanjikan oleh PH. – BH Online

Tags: Anwar IbrahimLim Guan EngMahathir MohamadPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Seru Rakyat Bersyukur Tiada Catuan Bahan Api, Banyak Negara Hormati Malaysia

PMX Anwar Seru Rakyat Bersyukur Tiada Catuan Bahan Api, Banyak Negara Hormati Malaysia

15/05/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat supaya terus bersyukur dengan kemampuan kerajaan mengawal impak krisis global...

‘Masa Saya Presiden Majlis Belia Malaysia, Menteri Gerun Kepada Saya’ – PMX Anwar

‘Masa Saya Presiden Majlis Belia Malaysia, Menteri Gerun Kepada Saya’ – PMX Anwar

15/05/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata para menteri suatu ketika dahulu berasa gerun terhadap beliau semasa memegang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd