• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rombakan Kabinet Bukan Tugas Mudah – Mahathir

oleh
14/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, rombakan Kabinet bukanlah tugas yang mudah kerana mengambil masa dan perlu diterima oleh semua parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

“Rombakan bukanlah satu tugas yang mudah kerana ia perlu diterima bukan sahaja saya tetapi juga (empat) parti dalam gabungan ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Integriti Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) 2020 di sini, hari ini.

Menjawab soalan pemberita mengenai pelantikan Menteri Pendidikan yang baharu bagi menggantikan Dr. Maszlee Malik yang meletakkan jawatan awal bulan ini, Dr. Mahathir berkata, beliau belum lagi membuat keputusan berhubung perkara itu.

“Saya belum memutuskan apa-apa,” kata Perdana Menteri, yang dilantik bagi memangku jawatan Menteri Pendidikan, yang dipersetujui oleh Kabinet semasa satu mesyuarat pada 8 Januari.

Sementara itu, mengenai peralihan kuasa antara beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr. Mahathir berkata, perkara itu perlu diputuskan oleh kesemua empat parti dalam PH.

“Saya fikir ini akan diputuskan oleh semua empat parti secara bersama, sama ada mereka mahu saya berundur atau tidak. Bagi saya, jika mereka mahu saya berundur sekarang, saya akan undur sekarang,” tambah beliau.

Adalah dilaporkan bahawa beberapa ahli Parlimen PKR mendesak agar satu tarikh ditetapkan bagi peralihan kuasa itu dengan mencadangkan ia dilakukan pada Mei tahun ini.

Tags: Mahathir Mohamadpakatan harapanRombakan Kabinet
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd