• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Minyak Sawit: Mahathir Bimbang Mengenai Larangan India

oleh
14/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau bimbang terhadap tindakan India untuk tidak membeli minyak sawit Malaysia namun menekankan bahawa ‘jika ada yang tidak kena, anda perlu menyatakannya’.

“Jika kita biarkan perkara salah berlaku dan hanya memikirkan mengenai jumlah wang yang terlibat, banyak perkara salah akan terus dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Integriti Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) 2020 di sini hari ini.

Beliau mengulas pertanyaan mengenai sama ada kerajaan bimbang terhadap tindakan India menghentikan belian mintak sawit Malaysia susulan kritikan beliau mengenai tindakan India di Kashmir selain undang-undang baharu kewarganegaraan.

Ditanya sama ada kritikan Perdana Menteri terhadap India akan mengorbankan industri memandangkan India merupakan pengimport terbesar minyak sawit Malaysia, Dr. Mahathir berkata, penyelesaian perlu dicari.

“Itu kita perlu lakukan, cari penyelesaian.

“Namun hakikatnya ialah apa yang berlaku di India itulah yang menimbulkan lebih banyak masalah dan rasa tidak gembira dalam kalangan penduduk di sana,” katanya dan menambah ‘seluruh dunia merasakan tindakan diskriminasi terhadap sesiapa di sana adalah tindakan yang salah.

Laporan berita baru-baru ini menyebut bahawa kerajaan India meminta pengimport minyak sawit negara itu menghentikan pembelian minyak sawit dari Malaysia namun semalam, Menteri Industri Utama, Teresa Kok mengatakan berita itu tidak benar.

Tags: boikot minyak sawitIndiaMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

24/02/2026
0

LUCKNOW – Ketegangan yang tercetus di sebuah universiti awam di India akhirnya bertukar menjadi simbol harapan dan perpaduan, apabila pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd