• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nur Dinie, Hidap Influenza Selamat Dikebumikan

oleh
14/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Murid Tahun Satu, Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain,7, yang disyaki dijangkiti influenza selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Haji Sirat Darat, Kayu Ara Pasong, dekat sini, kira-kira jam 10.05 pagi tadi.

Kira-kira 150 ahli keluarga mengiringi jenazah Nur Dinie Damia ke tanah perkuburan berkenaan untuk dikebumikan.

Terdahulu majlis tahlil dan solat jenazah diadakan di rumah keluarga datuk Nur Dinie Damia, di Kampung Parit Haji Sirat.

Suasana hiba menyelubungi acara pengebumian Nur Dinie Damia, apabila ibunya, Norazlina Ahmad, 36, serta anak sulungnya, Nur Dania Danisha, 10, menangis teresak-esak yang turut menyebabkan orang ramai mengalirkan air mata.

Norazlina dan suaminya, Muhammad Noor Ain, 38, juga enggan ditemubual media kerana masih bersedih.

Nur Dinie Damia yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) sejak Jumaat lalu meninggal dunia kira-kira jam 10.41 malam tadi.

Punca sebenar kematian murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Skudai berkenaan, menimbulkan tanda tanya apabila EXCO Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia Johor, Aminolhuda Hassan dan Pengarah Kesihatan Johor, Dr. Aman Rabu, mengesahkan kanak-kanak itu dijangkiti influenza pada sidang media di Jabatan Kesihatan Johor, pagi semalam.

Namun, Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal pula dilaporkan petang semalam berkata, ujian dijalankan pakar Hospital Sultanah Aminah (HSA) pula mendapati Nur Dinie Damia negatif influenza dan kritikal disebabkan kegagalan hati dan buah pinggangnya. – BH Online

Tags: influenza Ameninggal duniamurid sekolahnur dinie damia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd