• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Ada Komplot Jenayah Mahu Calar Reputasi Saya” – Latheefa

oleh
14/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya mendedahkan wujud komplot jenayah bagi memalsu dan mengedar bahan bertujuan mencalarkan reputasinya.

Latheefa memaklumkan bahawa beliau akan tetap meneruskan tugasnya di samping akan membuat laporan polis dan menyerahkan bukti berhubung komplot terbabit yang dipercayai didalangi seorang peguam.

“Pada 8 Januari lalu, saya mengadakan sidang media selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM dan mendedahkan demi kepentingan awam, rakaman audio beberapa perbualan telefon tertentu.

“Kini saya dapat tahu bahawa sebagai reaksi kepada pendedahan berkenaan, satu komplot jenayah dimulakan untuk mereka memalsu dan mengedar material bertujuan untuk mencalar reputasi peribadi saya.

“Kami percaya seorang peguam antara lain yang terlibat menjadi dalang di sebalik komplot ini. Pegawai khas saya akan membuat satu laporan polis awal pagi esok dan akan menyerahkan bukti berkenaan kepada pihak polis,” katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

Pada Rabu lalu, Latheefa mendedahkan sembilan set rakaman perbualan yang didakwa konspirasi jenayah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa individu lain termasuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Mengulas lanjut, Latheefa menegaskan bahawa pihaknya ingin mengetengahkan mesej jelas kepada dalang di sebalik komplot susulan pendedahan audio itu bahawa SPRM tidak akan tergugat atau terancam ketika melaksanakan tugas.

“Saya akan terus melaksanakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM. Masyarakat umum meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap SPRM untuk membersihkan negara ini daripada gejala rasuah.

“Saya bercadang untuk meneruskan tugas ini walau apapun serangan peribadi atau ugutan dibuat ke atas saya, kini atau dalam masa akan datang,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Latheefa Koyarakaman audioSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd