• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bongkar Isu Besar Menjelang PRK Dah Jadi Trend – Zahid

oleh
13/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – UMNO mendakwa seolah-olah sudah menjadi trend bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar isu besar setiap kali berlaku pilihan raya kecil (PRK).

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa, tindakan SPRM mendedahkan rakaman perbualan telefon yang didakwa membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama beberapa individu lain telah menimbulkan satu polemik baharu dalam kalangan warganet.

“Apa kaitannya pendedahan tersebut dengan PRK Kimanis? Seolah-oleh sudah menjadi trend atau aliran apabila ada PRK, ada sahaja isu baharu didedahkan dengan tujuan-tujuan tertentu.

“Bagi saya tindakan mendedahkan rakaman tersebut menyalahi prinsip Kedaulatan Undang-Undang (Rule of Law). Kesannya bukan sahaja kepada negara tetapi juga melibatkan hubungan antarabangsa,” katanya menerusi catatan di Facebooknya hari ini.

Pada Rabu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya mendedahkan sembilan set rakaman perbualan yang didakwa konspirasi jenayah membabitkan Najib dan beberapa individu lain termasuk isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Pendedahan terbabit turut menerima kritikan daripada pelbagai pihak termasuk beberapa pengamal undang-undang seperti Haniff Khatri Abdulla dan Ramkarpal Singh yang menyifatkan tindakan itu adalah tidak beretika.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, menjadi harapan besar seluruh rakyat, SPRM sebagai penguat kuasa undang-undang dapat menunjukkan amalan yang betul berlandaskan prinsip Kedaulatan Undang-Undang bukan bertindak atas arahan yang berkepentingan. – Sinar Harian

Tags: Ahmad Zahid HamidiPRK KimanisSPRMUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd