• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengetua Terlibat Pengantunan Seksual Diambil Keterangan

oleh
13/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis semalam mengambil keterangan 3 individu termasuk pengetua yang didakwa terlibat dalam aktiviti “pengantunan seksual” melibatkan pelajar sekolah di negeri ini.

Ketua Polis Johor, Mohd Kamarudin Md Din berkata setakat malam tadi, sebanyak 3 rakaman percakapan direkodkan melibatkan pengetua terbabit serta 2 saksi.

“Siasatan akan diteruskan dengan merakam percakapan beberapa saksi lain dan bahan bukti akan dihantar ke Makmal Forensik untuk dianalisis,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Kamarudin berkata, 1 laporan polis juga dibuat pada Selasa lepas (9 Januari) dan setakat ini, pihaknya menerima 1 laporan melibatkan pengetua berkenaan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 11 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Kamarudin berkata demikian ketika ditanya sama ada laporan polis dibuat ke atas pengetua sekolah menengah itu dan diambil keterangannya.

Terdahulu, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dilaporkan berkata pengetua itu “dikeluarkan” daripada sekolah berkenaan dan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah sementara siasatan dijalankan oleh pihak kementerian.

Katanya, tindakan itu adalah bertujuan untuk memastikan suspek tidak mengganggu mangsa atau pelajar ketika siasatan sedang dijalankan.

Tiga hari lepas, tular dalam media sosial mengenai dakwaan seorang pengetua sekolah menengah yang mendapat anugerah pengetua cemerlang, menghantar mesej-mesej berunsur lucah kepada pelajar sekolah, sehingga mewujudkan kebimbangan dalam kalangan netizen.

Tags: pelajar sekolahpengantunan seksualpengetuapolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd