• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BERSATU Selangor Sahkan ADUN Ditahan Polis

oleh
13/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari, mengesahkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu ditahan polis seperti tular menerusi media sosial sejak pagi tadi.

Beliau berkata, ADUN itu ditahan polis kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, Abdul Rashid yang juga Naib Presiden BERSATU, tidak mahu mengulas lanjut mengenai penahanan itu berikutan kes berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Beliau berkata, walaupun ADUN itu tidak menghubunginya, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila beliau menghubungi mereka.

“Kami sedang menunggu apa hasil siasatan kes ini. Saya juga sudah berbincang dengan Presiden Parti (Tan Sri Muhyiddin Yassin) semalam dan kami perlu menunggu siasatan polis.

“Apa hasil siasatan itu saya tidak tahu tetapi jika ada kes, tiada sesiapa melebihi undang-undang. Saya juga tidak tahu sama ada beliau kini berada di rumah atau di balai polis,” katanya ketika ditemui selepas program Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri di Dewan Jubli Perak, di sini, pagi tadi.

Abdul Rashid berkata, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sangat tegas dalam isu disiplin wakil rakyat dan jika didapati ADUN itu melakukan kesalahan, beliau perlu berdepan dengan tindakan.

Pada masa sama, Abdul Rashid turut menasihatkan semua wakil rakyat BERSATU untuk tidak terbabit dengan jenayah dadah dan jenayah lain.

“Anda mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan, beri tumpuan kepada tanggungjawab anda kerana anda dipilih oleh rakyat.

“Jadi anda perlu berkhidmat untuk rakyat, itu tugas anda dan tidak melakukan apa-apa kesalahan,” katanya.

Sementara itu, usaha menghubungi ADUN itu bagi mendapatkan kenyataannya belum berhasil. – BH Online

Tags: ADUN selangorBERSATUditahan polispakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Laungan 'Tolak UMNO' 'Pengkhianat' dan 'Reformasi' bergema dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini. Situasi hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd