• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Momota, 3 Lagi Mangsa Kemalangan Kini Stabil

oleh
13/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pemain badminton nombor satu dunia dari Jepun, Kento Momota, dilaporkan kini berada dalam keadaan stabil selepas terbabit kemalangan di Kilometer 13.7 Lebuh Raya Maju Expressway (MEX), awal pagi tadi.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengesahkan tiga lagi mangsa yang bersama Momota dalam kejadian itu turut dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Beliau berkata, tiga mangsa itu ialah Pegawai Teknikal Persekutuan Badminton Dunia (BWF), William Thomas, 30, dari England; pembantu jurulatih Jepun, Hirayama Yu, 35; dan Pegawai Fisioterapi Jepun, Morimoto Akifumi, 42.

“Kita menafikan Momota berada dalam keadaan kritikal seperti dilaporkan sesetengah pihak. Sebaliknya, semua mangsa berada dalam keadaan stabil,” katanya kepada media selepas melawat mangsa di Hospital Putrajaya, di sini.

Difahamkan, kemalangan jam 4.45 pagi itu berlaku apabila van dinaiki mangsa berlanggar dengan sebuah lori ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pemandu van berkenaan, B Nageswarau, 24, yang tersepit di tempat duduknya, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq menegaskan, pihaknya mengambil berat kes itu kerana ia sangat tragik dan membabitkan pemain badminton dunia.

Beliau berkata, pihaknya akan memantau keadaan semua mangsa dari semasa ke semasa dan memastikan mereka menerima rawatan terbaik. – BH Online

Tags: kemalangankento momotaLebuhraya MEXpemain badminton
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd