• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NGO Pahang Lapor Polis Individu Hina Permaisuri Agong

oleh
10/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) membuat laporan polis ke atas pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Nengtung Ting dan beberapa pengguna laman sosial itu kerana mengeluarkan kenyataan berbaur cercaan serta penghinaan terhadap Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah.

Laporan polis yang turut disertai dua lagi badan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk Majlis Belia Daerah Kuantan dan Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini petang semalam.

Presiden MBNP, Wan Emril Nizam Wan Embong berkata, tindakan yang disifatkan kurang ajar tidak sepatutnya dibiarkan dan boleh dianggap satu penderhakaan kepada institusi raja di negara ini.

Menurutnya, tindakan tidak bertanggungjawab itu juga telah mengguris perasaan terutama rakyat Pahang.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab ini dan menuntut pihak polis mengambil tindakan segera terhadap pengkhianat yang berselindung di sebalik nama Nengtung Ting ini dan beberapa pengguna lain yang jelas menghina Raja Permaisuri Agong,” katanya.

Wan Emril berkata, MBNP menyeru seluruh rakyat khususnya NGO untuk tampil membuat laporan polis terhadap pengguna Facebook yang tidak bertanggungjawab itu.

“Kita harap pihak yang terlibat dikenakan tindakan berdasarkan peruntukan di bawah Akta Hasutan dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia,” katanya.

Sementara itu, Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Wilayah Kuantan juga senada dengan gesaan terbabit berharap isu penghinaan terhadap institusi raja dan kepimpinan tertinggi negara sentiasa dipantau pihak berkuasa supaya penghinaan seumpama itu dapat dihentikan.

Ketua penerangannya, Asrullah Affendi Abdullah turut membidas dan mengutuk tindakan beberapa netizen yang sengaja mengeluarkan komen melampau yang jelas menghina peribadi individu yang dihormati.

“Sebagai NGO yang berpegang kepada prinsip dan tatasusila di negara Ini, MBFM Wilayah Kuantan akan tetap setia kepada raja dan negara serta tidak akan sama sekali berdiam diri sekiranya kebiadaban ini ditujukan kepada institusi raja,” katanya.

Kelmarin, halaman Facebook itu menjadi medan netizen bertindak biadab dengan menghina Tunku Azizah dengan panggilan ‘nenek sihir rasis’.

Cercaan pemilik Facebook menggunakan nama Nengtung Ting itu dipercayai susulan tindakan baginda menggunakan tulisan jawi di Twitter sebagai usaha memperkasakan tulisan berkenaan. – Sinar Harian

Tags: Raja Permaisuri AgongTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

12/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah akan mengadakan lawatan negara ke Brunei...

Lori Sampah Rosak Brek Rempuh 14 Kenderaan

Agong, Permaisuri Zahirkan Ucapan Selamat Menyambut Aidilfitri Kepada Umat Islam

10/04/2024
1

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd